awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas sifatkan PPBM parti yang celaru

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
23/03/2017
05:32 MYT
Pas sifatkan PPBM parti yang celaru
TAKIYUDDIN: Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PPBM.
Pas menyifatkan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) sebagai sebuah parti bercelaru dengan pengerusinya memegang kuasa eksekutif dan bukannya terletak pada presiden.
Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata penyertaan PPBM dalam Pakatan Harapan menyaksikan PPBM meletakkan parti itu dalam sebuah pakatan yang masih belum tentu arah tujunya.
Katanya, Pas sudah menutup pintu rundingan dengan PPBM dan tidak lagi berhasrat untuk duduk berbincang dengan parti berkenaan.
Tambah Takuyuddin, Pas sebelum ini sudah memberikan amaran agar PPBM tidak menyertai Pakatan Harapan, namun PPBM ingkar sehingga menyebabkan Pas memutuskan rundingan untuk mengadakan kerjasama politik.
Hubungan dengan PKR
Menyentuh mengenai penyertaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pakatan Harapan walaupun masih menjalinkan kerjasama dengan Pas melalui tahaluf siyasi, Takiyuddin menjelaskan, Pas tidak boleh menyekat penyertaan PKR dalam pakatan berkenaan.
Sehingga kini, Pas masih menjalinkan kerjasama dengan PKR dan sebarang keputusan mengenai kedudukan antara Pas dan PKR akan diputuskan dalam muktamar pada April nanti.
Saman Sarawak Report
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Pas masih mengumpulkan bukti dan draf untuk mengemukakan saman terhadap Sarawak Report berhubung dakwaannya yang menyatakan Pas menerima dana RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Peguam yang mewakili Pas termasuk firma guaman di London masih menyediakan laporan kes.
Katanya Pas mempunyai masa sehingga enam tahun untuk mengemukakan saman terhadap Sarawak Report dan ia perlu dilakukan secara teliti tanpa terburu-buru.
Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita selepas ceramah perdana di sini malam tadi.
Topic Berkaitan
#Pakatan Harapan
#PAS
#politik
#PPBM
#presiden
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan