awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas tegas isu perpaduan libatkan pemimpin, ahli

Sinar Harian
Sinar Harian
04/07/2022
21:45 MYT
Pas tegas isu perpaduan libatkan pemimpin, ahli
Takiyuddin menegaskan Pas akan terus komited untuk mengusahakan agenda perpaduan ummah dalam kalangan umat Melayu Islam di negara ini. - Foto fail/BERNAMA
SHAH ALAM: Pas memberi peringatan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pimpinan dan ahlinya yang bertindak membelakangkan aspek perpaduan serta mendorong berlakunya perpecahan dalam kalangan masyarakat.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, parti itu menjunjung tinggi titah nasihat dan pandangan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya gejala perpecahan yang kini berlaku dalam kalangan orang Melayu di negara ini dihentikan segera.
“Pas juga akur sebagaimana dititahkan baginda bahawa agama Islam sentiasa menggalakkan manusia bersatu padu dan tidak berpecah belah selaras dengan perintah yang terkandung dalam kitab suci al-Quran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sultan Selangor menerusi satu kenyataan bertitah, baginda memandang serius terhadap gejala perpecahan dalam kalangan orang Melayu, terutama pemimpin politik Melayu.
Titah baginda, perbalahan dalam kalangan pemimpin politik Melayu yang dilihat begitu ketara ketika ini boleh mengancam perpaduan, keharmonian hidup rakyat pelbagai kaum dan kestabilan politik negara.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Pas akan terus komited untuk mengusahakan agenda perpaduan ummah dalam kalangan umat Melayu Islam di negara ini.
“Sekali gus mengukuhkan perpaduan nasional di antara semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum,” ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PAS
#perpaduan
#Takiyuddin Hassan
#perpecahan dalam kalangan orang Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan