Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan solat sunat hajat perdana yang dianjurkan pihaknya tiada kaitan dengan kemelut dalaman yang melanda PAS kini.
Baginya, solat sunat hajat perdana yang diadakan di Markas PAS Pusat di Taman Melewar, di sini hanya untuk mendoakan keselamatan dan kelangsungan parti tersebut secara umum.
“Doa kami umum ... asasnya saya minta ahli-ahli PAS supaya terus istiqamah dan bersatu padu. Kami juga memohon supaya disatukan dan agar Allah menjaga keselamatan dari apa jua dugaan. Jadi, majlis ini tiada kena mengena dengan hal lain daripada PAS," katanya ketika ditemui di majlis tersebut pada Sabtu malam.
Tambah Mahfodz, dugaan yang dihadapi PAS ketika ini antara asam garam politik yang harus dihadapi seluruh ahli serta kepimpinan PAS dalam memperjuangkan agama Islam.
BACA: Jangan melampau menghina PAS - Tuan Ibrahim
“Kita dah hadapi macam-macam dugaan sejak dulu sampai sekarang. Memandangkan PAS ni parti Islam, memang dugaannya banyak.
“Daripada dulu pun, bila dengan UMNO ada yang tak mau balik semula ... keluar. Tapi, dasar PAS tidak berubah. Yang berubah ialah manusia termasuklah pemimpin-pemimpin tertinggi.
“Yang pasti PAS tetap selamat sampai sekarang. Kita nak tegaskan melalui majlis ini dan ia tidak bermakna PAS kini menghadapi masalah besar," kata Mahfodz.
Dianggarkan lebih 100 jemaah hadir ke Himpunan Solat Hajat dan Munajat Perdana yang diadakan di Surau Hj Jassan Shukri.
Terdahulu, Dewan Ulama PAS Pusat telah mengarahkan semua Dewan Ulama PAS Negeri dan Wilayah serta Urusan PAS kawasan-kawasan untuk mengadakan program Solat Hajat dan Munajat Perdana bagi mendoakan keselamatan dan kesejahteraan PAS.
Hilal Azmi
Sun Jul 26 2015

MAHFODZ: Dugaan yang dihadapi PAS ketika ini antara asam garam politik yang harus dihadapi seluruh ahli serta kepimpinan PAS dalam memperjuangkan agama Islam. - Gambar Astro AWANI/SHAHIR OMAR

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Alami pengalaman menakjubkan di Astro Experience Store
Premis baharu itu menawarkan pelanggan pengalaman luar biasa dalam menerokai kepelbagaian produk dan perkhidmatan disediakan Astro.

Himpunan solidariti bantah tindakan bakar al-Quran di Kedutaan Sweden
Ahmad Yahaya berkata, himpunan solidariti itu akan bermula di KLCC sebelum berarak ke kedutaan Sweden.

Ulama Pas cadang larang individu didakwa di mahkamah bertanding pilihan raya
Elak calon salah guna kedudukan untuk melepaskan diri daripada dikenakan tindakan sekiranya memenangi pilihan raya.

Muktamar Tahunan Pas ke-66 lulus usul bantah hubungan normalisasi UAE - Israel
Usul tersebut mendesak umat dan kerajaan dunia Islam supaya membantah dan mengecam pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

PAS tidak hadapi masalah besar - Mahfodz
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyifatkan solat sunat hajat perdana yang dianjurkan pihaknya tiada kaitan dengan isu yang melanda PAS kini.

Dewan Ulama PAS tetapkan 15 resolusi
Dewan Ulama PAS telah bersetuju menetapkan 15 resolusi yang perlu dituruti oleh kesemua perwakilan Ulama PAS dari seluruh negara.