awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
18 maut dalam letupan dinamit di India
Ringgit dibuka rendah didorong risiko geopolitik mereda tingkatkan dolar AS
Jelajah kemanusiaan Rizalman sentuh jiwa, beri harapan dan melunas amanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak mampu bentuk kerajaan tanpa Pakatan - Pemuda

Bernama
Bernama
02/08/2017
10:04 MYT
PAS tidak mampu bentuk kerajaan tanpa Pakatan - Pemuda
Sayap Pemuda di bawah Pakatan Harapan berkata, PAS mahu menjadi 'king maker', sedangkan jika berlaku tiga penjuru, bukan sahaja king maker, malah suara mereka pun tidak mungkin sampai ke Parlimen.
Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Kuantan di bawah Pakatan Harapan, akan berusaha memperkukuh sokongan walaupun terpaksa berhadapan dengan PAS pada pilihan raya umum ke-14.
Dalam kenyataan bersama mereka di sini hari ini, Ketua Pemuda PAN Kuantan Mohd Khalil Zaidi, Pemangku Ketua AMK Kuantan Lee Wei Lon dan Ketua Armada Kuantan Mohd Asyraf Muhammad Asri berkata, PAS hanya akan menjadi parti kecil dan tidak mampu membentuk kerajaan jika tetap tidak mahu berpakat dengan mereka.
"PAS hanya akan memecah undi jika bertanding bersendirian.
"Mereka (PAS) mahu menjadi 'king maker', sedangkan jika berlaku tiga penjuru, bukan sahaja king maker, malah suara mereka pun tidak mungkin sampai ke Parlimen," kata pemimpin Pemuda ketiga-tiga parti itu.
Pada 30 Julai lalu, Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar mengesahkan parti itu akan bertanding tiga kerusi 'panas' di Pahang - Kuantan, Bentong dan Indera Mahkota selain tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi kawasan Parlimen Bentong.
Mereka berharap PAS akan menilai semula pendirian parti itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Muda Keadilan
#ARMADA
#Kuantan
#Pakatan Harapan
#Parti Amanah Negara
#PAS
#pemuda
#pilihan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan