awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS tidak minat rebut jawatan Menteri Besar Selangor - Mustafa

Astro Awani
Astro Awani
14/08/2014
16:13 MYT
PAS tidak minat rebut jawatan Menteri Besar Selangor - Mustafa
MUSTAFA: jawatan itu sudah diamanah kepada PKR dan dipersetujui Pakatan Rakyat sejak dari mula Selangor diambil alih daripada Barisan Nasional - Foto Astro AWANI
PAS tidak berniat untuk menangguk di air keruh dan mengambil kesempatan krisis Menteri Besar Selangor sebagai batu loncatan merebut jawatan berkenaan.
Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, jawatan itu sudah diamanah kepada PKR dan dipersetujui Pakatan Rakyat sejak dari mula Selangor diambil alih daripada Barisan Nasional (BN).
"Walaupun kita ada kerusi lebih tetapi tidak akan tuntut jawatan itu. Kita sudah buat keputusan awal tidak akan mengambil jawatan itu kerana ia sudah dipersetujui untuk PKR," katanya semasa sidang media selepas mesyuarat Lajnah Politik PAS yang berlangsung pada malam Khamis.
Katanya, mesyuarat itu turut mengambil keputusan untuk menyiasat dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar.
"Kita akan teliti dahulu perkara itu sebelum mengambil tindakan sewajarnya.
"Kita sudah suruh PAS Selangor untuk menghantar laporan dan minta mereka berdua memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan," ujarnya.
Dua ADUN PAS yang menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah ialah ADUN Hulu Kelang, Saari Sungib dan ADUN Morib, Hasnul Baharuddin.
Dalam pada itu, Mustafa memaklumkan, empat exco yang masih di belakang Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim merupakan wakil Pakatan Rakyat yang sah.
"Kami masih menganggap itu kerajaan Pakatan Rakyat, empat exco PAS itu mewakili Pakatan Rakyat selepas exco PKR dan DAP dipecat.
"Kita teruskan bersama kerajaan ini, kita kena tafsir lain sikit, kita bersama kerajaan tidak kira siapa jadi menteri besar. Kita pertahan kerajaan yang ada," ujarnya.
Dalam pada itu katanya, sebarang isu lain berkenaan parti itu dan kerjasama dengan Pakatan Rakyat hanya akan dimaklumkan selepas perjumpaan rasmi pada Ahad ini.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Exco
#Khalid
#pakatan
#PAS
#PKR
#politik
#Selangor
#Sultan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan