awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasca Sarawak 2016: Kemenangan BN adalah harapan rakyat untuk laksana pembangunan

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
09/05/2016
07:26 MYT
Pasca Sarawak 2016: Kemenangan BN adalah harapan rakyat untuk laksana pembangunan
BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 pada Sabtu. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri Sarawak pada Sabtu lalu menunjukkan rakyat memberi harapan kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk melaksanakan program-program pembangunan di negeri Bumi Kenyalang itu.
Kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan mandat yang telah diberikan, kerajaan akan memenuhi kehendak rakyat yang diperlukan, termasuk rakyat di Sabah walaupun ia melibatkan kos yang tinggi berikutan keluasan negeri terbabit.
"Kita boleh fikirkan penyelesaian seperti menyediakan setiap batang jalan memenuhi piawaian Jabatan Kerja Raya dan semua rumah panjang mesti dilindungi dengan 'network pipeline' dan menggunakan kreativiti atau micro hydro sistem.
"Inilah contoh-contoh yang boleh kita fikirkan. Tidak melakukan bukan satu alternatif dan tidak boleh biarkan mereka tanpa kemudahan asas. Ini adalah salah dari segi moral," katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.
BN Sarawak memenangi 72 daripada 82 kerusi dalam pilihan raya negeri ke-11 pada Sabtu.
Jelasnya lagi, kerajaan telah melaksanakan pelbagai program yang dikehendaki rakyat seperi projek pembangunan Lebuhraya Pan Borneo dan menjaga kebajikan pegawai-pegawai awam, kenaikan tahunan khas satu mata tangga gaji dan tangga gaji minimum yang lebih tinggi.
"Kerajaan mempunyai pelan dan kerajaan sedang melaksanakannya. Maka, rakyat akan lebih yakin dengan apa yang kita janji dan menepati apa yang dikotakan. Kita jangan lupa, ini adalah tanggungjawab kita," katanya.
Beliau juga berkata, ia merupakan satu tanggungjawab kepada kerajaan untuk melaksanakan apa yang dijanjikan memandangkan rakyat Sarawak mempunyai peluang sekali lagi untuk menilai kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Topic Berkaitan
#Adenan Satem
#Barisan Nasional
#BN
#PBB
#pilihan raya Sarawak
#PRN-11
#sarawak2016
#SPR
#Suruhanjaya Pilihan Raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan