awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin enggan pertahan jawatan

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2023
05:45 MYT
PAT Bersatu tolak keputusan Muhyiddin enggan pertahan jawatan
Keputusan itu dibaca Pengerusi Tetap, Datuk Suhaimi Abdullah setelah selesai perbahasan 20 wakil yang mengambil bahagian pada perhimpunan tahun ini. - Gambar/ Sinar Harian
SHAH ALAM: Perwakilan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebulat suara menolak keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti akan datang.
Keputusan itu dibaca Pengerusi Tetap, Datuk Suhaimi Abdullah setelah selesai perbahasan 20 wakil yang mengambil bahagian pada perhimpunan tahun ini.
Turut ditolak dua lagi perkara yang dibangkitkan Muhyiddin iaitu supaya parti bermesyuarat mencari pengganti presiden dan pendiriannya untuk menjadikan perhimpunan agung tahun ini sebagai yang terakhir.
Suhaimi berkata, penolakan itu selaras Perkara 123, 124,125 perlembagaan parti.
Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu menerusi mesyuarat tergempar pada Jumaat secara konsensus menolak keputusan bekas Perdana Menteri itu untuk tidak mempertahankan jawatan.
Terdahulu Ahli Parlimen Pagoh itu ketika Ucapan Dasar Presiden mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya bagi memberi laluan kepada muka baharu mengemudi parti. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#perhimpunan tahunan bersatu
#tidak pertahan jawatan
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan