awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
14/08/2024
06:25 MYT
PAU 2024: Perhimpunan kali ini tidak babitkan pemilihan parti - Asyraf Wajdi
Perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat. -BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tiada pemilihan parti akan dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 kali ini.

Ringkasan AI
  • Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 tidak akan mengadakan pemilihan parti, seperti yang disahkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Perhimpunan kali ini akan memfokuskan kepada isu kebajikan dan kesejahteraan rakyat, bukan soal pemilihan parti.

Perkara itu disahkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang berkata, perhimpunan kali ini akan memfokuskan soal kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
‘’Saya rasa lambat lagi kita punya pemilihan ini, biasanya orang UMNO ni dia selagi bukan tahun pemilihan dia tidak membicarakan soal ini.
‘’Bagus juga sebenarnya dari segi bahagian-bahagian, saya rasa yang timbulkan satu bahagian, dan bahagian-bahagian lain tidak timbulkan (isu ini).
‘’Sebab saya rasa tradisinya begitulah dalam UMNO ini, dan seperti yang saya katakan tadi bagusnya dan positifnya kerana kebanyakan bahagian-bahagian akan memfokuskan soal kebajikan dan soal kesejahteraan rakyat,’’ katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Auditorium UMNO, Aras 4, Menara Dato Onn WTC, di sini, pada Rabu.
Pada Mac 2023, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa usul tambahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO telah diterima Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Ahmad Zahid berkata, UMNO telah menerima surat bertarikh 3 Mac 2023 daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengesahkan bahawa RoS telah menerima usul yang diluluskan oleh PAU.
Topic Berkaitan
#UMNO
#pemilihan parti
#Asyraf Wajdi
#PAU 2024
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan