awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
Amerika longgarkan pengharaman import dron buatan negara luar
Meta gesa Australia kaji semula larangan media sosial untuk remaja bawah 16 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti

Bernama
Bernama
11/01/2026
21:40 MYT
PAU 2025: UMNO Johor fokus pembangunan, perpaduan dan pengukuhan parti
Abdul Halim berkata isu-isu berkaitan ekonomi dan pendidikan turut menjadi antara dasar penting yang dibangkitkan oleh perwakilan Johor untuk dibawa ke peringkat nasional. - Facebook UMNO Johor
JOHOR BAHRU: UMNO Johor akan membawa agenda pembangunan negeri, perpaduan serta pengukuhan parti secara dalaman dan keseluruhan pasukan Barisan Nasional (BN) pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman berkata, fokus itu selari dengan kehendak akar umbi yang menekankan keperluan memperkukuh UMNO sebagai sebuah parti dominan dan stabil dalam landskap politik negara.
"Penekanan utama UMNO Johor adalah memperkukuh parti daripada dalam, mengukuhkan UMNO secara menyeluruh serta memperkasa kerjasama dalam pasukan BN, di samping memastikan agenda pembangunan dan perpaduan terus menjadi keutamaan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata isu-isu berkaitan ekonomi dan pendidikan turut menjadi antara dasar penting yang dibangkitkan oleh perwakilan Johor untuk dibawa ke peringkat nasional.
Sebanyak 390 perwakilan UMNO Johor akan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2025.
UMNO menerima 662 usul daripada 175 bahagian sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 minggu depan, dengan tiada usul mencadangkan supaya UMNO keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri dijadualkan pada 14 Jan di Dewan Merdeka dan diteruskan dengan persidangan sayap pada keesokannya.
Perhimpunan Agung UMNO pula bermula secara rasmi pada 16 Jan, dengan majlis menaikkan bendera sebelum ucapan dasar Presiden UMNO diikuti sesi perbahasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PAU 2025
#UMNO Johor
#Barisan Nasional
#Abdul Halim Suleiman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan