awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAU2017: 30 peratus senator wanita jika BN menang besar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
06/12/2017
06:40 MYT
PAU2017: 30 peratus senator wanita jika BN menang besar
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk meminda undang-undang berkaitan wanita sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang. - Foto AstroAWANI / SHAHIR OMAR
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang untuk meminda undang-undang berkaitan wanita sekiranya Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Presiden UMNO itu berkata, pindaan itu akan memperuntukkan kuota 30 peratus kepada wanita untuk dilantik sebagai senator Dewan Negara.
"Oleh sebab itu, kalau kita (BN) menang besar, kita (Kerajaan) akan pinda perlembagaan negara.
"Kita akan khaskan (kuota) 30 peratus (senator) Dewan Negara kepada wanita. Insyaalah," katanya ketika meninjau perjalanan Persidangan Sayap Wanita, Perhimpunan Agung UMNO 2017 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Beliau sebelum ini memberi jaminan bilangan senator wanita di Dewan Negara akan ditambah seiring dengan hasrat kerajaan meningkatkan penyertaan golongan itu dalam politik.
Malah, jelasnya keberadaan golongan wanita dalam bidang politik negara akan memberi gambaran lebih baik kepada sistem pilihan raya dan menjadikan proses politik lebih inklusif, sekali gus mengukuhkan demokrasi.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Dewan Negara
#kerajaan
#kuota wanita
#menang
#menteri
#Najib Razak
#Najib Tun Razak
#Perdana Menteri
#perhimpunan
#pilihan raya
#pilihan raya umum
#politik
#PRU
#PRU14
#UMNO
#undang-undang
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan