Skip to main content

Politik

PAU2017: Jangan campak calon wanita di kawasan 'hitam' - Shahrizat

71512541058_950x600.jpg
Hanya kerana ingin cukupkan kuota, jangan letakkan calon wanita di kawasan 'tidak selamat'.

Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil memberi amaran tersebut kepada pimpinan parti kerana tidak mahu penglibatan wanita dalam Pilihan Raya Umum akan datang sebagai sia-sia.

"Saya nak beri amaran. Jangan sebab nak cukupkan kuota, calon wanita diletakkan di tempat 'hitam' atau tempat yang sukar untuk menang.

"Kami tidak kisah untuk diketengahkan bagi menentang personaliti besar dalam pembangkang seperti Lim Kit Siang atau Nurul Izzah tetapi penilaian dari semua segi perlu dibuat," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengah hari tadi.


Mengulas bilangan calon wanita yang akan dikemukakan, Shahrizat berkata, maklumat tersebut adalah perkara dalaman parti dan menamakan calon perlu dilihat kepada bukan sahaja individu tetapi juga kawasan yang bakal ditandingi.

"Pelbagai aspek dilihat dalam usaha kami mengenalpasti calon. Jangan risau, Wanita UMNO banyak ada calon yang berkaliber," katanya.

Advertisement

Must Watch Video