KOTA KINABALU: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan dilancarkan secara rasmi di Sabah pada 22 Mei depan.
Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berharap, pelancaran itu akan menjadi titik pengenalan Pejuang di negeri ini, bukan sahaja dari segi kewujudan tetapi juga matlamat perjuangannya.
"Saya berharap pengenalan Pejuang (di Sabah) diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan rakyat negeri itu.
"Bukan hanya dari segi kehadiran, tetapi juga apa yang ingin diperjuangkan sekiranya diberikan keyakinan oleh rakyat Sabah," katanya.
Jelas Mukhriz lagi, beliau yakin parti Pejuang akan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat tempatan.
Malah, dari segi keahlian parti, Sabah berada ditangga ketiga terbesar. Jumlah paling ramai ialah di Kedah, kedua di Selangor dan ketiga adalah di Sabah.
"Tetapi saya melihat, kedudukan Selangor dan Sabah boleh bertukar, jadi itu memberi gambaran bahawa Sabah memberi sambutan yang begitu luar biasa kepada parti ini. Ini merupakan satu petanda baik buat Pejuang," tambahnya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang diadakan di Kota Kinabalu pada Selasa.
Sementara itu, ketika ditanya sekiranya Pejuang bakal bekerjasama dengan mana-mana parti lain, katanya parti itu sentiasa terbuka untuk berunding.
"Kita sebenarnya bersikap terbuka untuk berbincang dan berunding dengan sesiapa sahaja. Sikap terbuka ini kita amalkan bukan sahaja di Sabah, tetapi juga di Semenanjung.
"Setakat ini, kita belum lagi membuat sebarang keputusan. Perbincangan itu belum sampai di tahap rundingan dan belum berhasil," ujar beliau.
Astro Awani
Tue Apr 26 2022

Menurut Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir, Sabah berada di kedudukan ketiga dari segi jumlah keahliannya. - Gambar fail

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 7 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Isu Pulau Pinang: Polis selesai ambil keterangan Sanusi - Bukit Aman
PDRM mengesahkan telah selesai mengambil keterangan daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung kenyataannya yang mendakwa Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Jepun rancang benarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun peroleh pemastautin tetap
Jepun sedang menimbang untuk menyemak semula peraturan imigresennya bagi membenarkan warga asing generasi keempat keturunan Jepun memperoleh taraf pemastautin tetap.

Video wanita Malaysia hilang di Thailand mengatakan dia selamat dan sihat
Kelibat wanita dipercayai warga Malaysia yang dilaporkan hilang di daerah Mae Sai di wilayah Chiang Rai dilihat muncul dalam tiga video, membuktikan dia berada dalam keadaan yang 'selamat dan sihat'.

Lawak melampau: Zambry kecam tindakan Jocelyn Chia
Video itu jelas menggambarkan sikap yang bertentangan dengan nilai ketimuran negara Asia yang terkenal dengan adab dan tatasusila.

Madah Iban 'Segulai Sejalai' jadi motto perpaduan Perdana Menteri
Perdana Menteri mahu menyelaraskan penggunaan slogan Segulai Sejalai di seluruh negara selari dengan usaha memperkasakan semangat perpaduan antara kaum.

Jet China terbang agresif depan pesawat AS di Laut China Selatan
Sebuah jet pejuang J-16 China melakukan "gerakan agresif yang tidak perlu" semasa memintas pesawat peninjau RC-135 Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan minggu lepas.

Parlimen: Sukhoi Su-30MKM mampu diselenggara untuk tempoh dua tahun lagi
Keupayaan TUDM dan kerjasama dengan Aerospace Technology Systems Corporation membolehkan jet pejuang jenis Sukhoi Su-30MKM buatan Rusia diselenggara untuk tempoh dua tahun akan datang.

Perancis sedia latih juruterbang jet pejuang Ukraine - Macron
Zelensky mengadakan lawatan mengejut ke Perancis pada Ahad, selepas melawat Jerman dan Itali.

"Dalam keadaan semua calon hilang deposit, pemimpin mereka masih bodoh sombong"- Zahid
Ahmad Zahid menyatakan bahawa kepimpinan sebuah parti politik di negara ini masih tidak serik dan bersikap bodoh sombong meskipun kesemua calon parti berkenaan telah hilang deposit dalam PRU15.

PRN: "Di mana ada UMNO, di situ tiada Pejuang"- Mukhriz
UMNO yang terpalit dengan amalan kleptokrasi tidak selari dengan prinsip perjuangan parti Pejuang, kata Mukhriz.

Tun M tinggalkan GTA
Keputusan dibuat selepas menyedari GTA tidak dapat berfungsi dengan baik selain gagal menarik sokongan pengundi.

Warga emas hasilkan 600 jenis origami jet pejuang
Pesara guru berusia 88 tahun aktif dalam bidang origami selama 24 tahun.

'Cadangan bubar Pejuang tak berasas'
Parti itu mempunyai peranan besar kerana berusaha menyatukan pergerakan konservatif yang lain semenjak sebelum PRU15.

PN tolak permohonan Pejuang sertai gabungan itu - Hamzah
Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional membuat keputusan menolak permohonan parti Pejuang Tanahair menyertai gabungan itu.

Jet NATO pintas pesawat Rusia dekat ruang udara Estonia
Operasi itu sebagai jaminan bahawa UK dan Jerman bersama sekutu NATO yang lain membantu sekutu Estonia mereka dalam tempoh yang tegang ini.