KUALA LUMPUR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) sedang mempertimbangkan keperluan untuk Ahli Parlimennya hadir ke sidang Parlimen akan datang sekiranya sesi pembentangan usul dan perbahasan tidak dibenarkan.
Pengerusi Pejuang Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ini memandangkan sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak dibenarkan.
"Kita nak tahu sama ada akan ada perbahasan atau pun tidak, kalau ada perbahasan ada usul kami akan hadir. Kalau tak ada kami akan fikir sama ada kami akan hadir atau pun tidak... itu kemudian, belum ada keputusan," katanya pada sidang media secara maya hari ini.
Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun memaklumkan pemberitahuan Mesyuarat Khas dikeluarkan kepada semua Ahli Dewan Rakyat hari ini dengan persidangan berlangsung selama lima hari bermula 26 Julai hingga 2 Ogos depan.
Selain Dr Mahathir, tiga Ahli Parlimen dari parti yang baru mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) itu ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Datuk Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).
Bernama
Thu Jul 15 2021
Dr Mahathir berkata, sidang Parlimen yang akan bermula 26 Julai hanyalah sebuah majlis taklimat jika kedua-dua sesi berkenaan tidak dibenarkan. - Gambar fail
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Bubur pedas, juadah tradisi meriahkan Ramadan di Sarawak
Setiap kali Ramadan, juadah bubur lambuk pasti menjadi 'fenomena' di Semenanjung, sejak sekian lama.
Pejuang diajak kembali sertai Bersatu atau pilih Pas
Ini kerana rakyat sudah muak dengan perpecahan parti Melayu sehingga menyebabkan wujudnya begitu banyak parti ditunjangi Melayu.
PRU15: Keputusan GTA bertanding di Terengganu bukan sekadar cuba nasib
GTA Terengganu menyasarkan kemenangan di beberapa Parlimen dengan mempertaruhkan lapan calon terdiri daripada golongan profesional dan usahawan.
Nazri alu-alukan Gerakan Tanah Air, yakin UMNO masih dekat di hati rakyat
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengalu-alukan penubuhan Gerakan Tanah Air yang dipengerusikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pembangunan Kg Sungai Baru: Pejuang mahu SPRM siasat dana RM42 juta pemaju
Pejuang membuat laporan kepada SPRM, bagi membolehkan siasatan dilakukan sekiranya dana tersebut digunakan untuk menyogok pihak tertentu.
PRN Johor: Pejuang umum manifesto tambahan
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hari ini mengumumkan beberapa penambahan kepada manifesto 'Aspirasi Johor' parti itu jika menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) antaranya mencadangkan portfolio Pengu
PRN Johor: Pejuang lebih ikhlas perjuang nasib rakyat Johor - Abdul Aziz
Calon Pejuang, Abdul Aziz berkata, politik memerlukan kuasa dan sukarelawan, dan beliau yakin dapat mengimbangi kedua-duanya.
"Najib ada angan-angan tinggi, mahu dilepaskan untuk jadi PM" - Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menempelak Datuk Seri Najib Razak, dan menyeru rakyat supaya tidak mempercayai kata-kata Ahli Parlimen Pekan itu
PRN Johor: Pejuang lancar lagu rasmi
Menggunakan konsep irama kontemporari dan moden, lirik lagu parti membariskan 22 ayat antara lain menyentuh hal mengenai konsep survival Melayu, demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan.
PRN Johor: Pejuang fokus menang kerusi sebanyak mungkin, calon MB kemudian - Mukhriz
Tiada keperluan untuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menamakan calon Menteri Besar bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ketika ini, kata Presidennya Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir.
PRN Johor: Pejuang tidak berhasrat sertai khemah besar PH - Mukhriz
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat masa ini tidak berhasrat untuk menyertai khemah besar Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.