awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
Ejen persekutuan AS tembak dua orang di Portland, polis seru orang ramai bertenang
Australia alami gelombang haba esktrem, Victoria berdepan risiko kebakaran 'bencana'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelan B Mahathir ialah menafikan BN kemenangan dua pertiga - Salleh

Bernama
Bernama
10/04/2018
21:52 MYT
Pelan B Mahathir ialah menafikan BN kemenangan dua pertiga - Salleh
Salleh berkata, Mahathir berharap ini kemudian boleh ditonjolkan sebagai kegagalan Najib supaya dia boleh menghasut UMNO untuk menyingkirkan Najib.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad menyedari sepenuhnya bahawa PH akan dikalahkan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), dan oleh itu beliau akan cuba sedaya-upaya untuk menafikan Barisan Nasional kemenangan dua pertiga pada pilihan raya umum.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata Dr Mahathir kemudian akan memutar-belitkannya sebagai kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isunya bukan BN memenangi pilihan raya tetapi gagal memperoleh kemenangan dua pertiga.
"Pada masa ini, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menerima hakikat bahawa Pakatan Harapan akan menderita bukan sahaja akan mengalami kekalahan dalam PRU14 tetapi kalah teruk.
"UMNO dan Barisan Nasional bersedia untuk meletakkan Mahathir dan Pakatan berada dalam keadaan menerima kenyataan pahit dengan terpaksa.
"Yang Mahathir boleh mengharapkan ialah BN tidak akan menang majoriti dua pertiga tetapi "simple majority" kira-kira 60 peratus kerusi Parlimen," kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my.
Beliau berkata Mahathir berharap ini kemudian boleh ditonjolkan sebagai kegagalan Najib supaya dia boleh menghasut UMNO untuk menyingkirkan Najib.
"Mahathir memberitahu Pakatan mereka perlu menyelamatkan Malaysia dengan menyingkirkan UMNO dan kemudian dia memberitahu UMNO mereka perlu menyingkirkan Najib untuk menyelamatkan UMNO," kata beliau.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MalaysiaMemilih
#Pakatan Harapan
#PH
#pilihan raya umum
#PRU14
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan