awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Dr Sim sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak penghargaan untuk SUPP

Azizah Alwi
Azizah Alwi
31/12/2021
08:46 MYT
Pelantikan Dr Sim sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak penghargaan untuk SUPP
Khere Chiang menyifatkan kemenanganSUPP itu adalah rentetan kekecewaan pengundi Cina terhadap pentadbiran Pakatan Harapan yang gagal memenuhi aspirasi rakyat. - Astro AWANI
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Ir Lo Khere Chiang,menyifatkan pemilihan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sebagai Timbalan Ketua Menteri Sarawak yang baharu sebagai satu keputusan tepat.
Beliau menganggap pemilihan itu wajar dan tepat berikutan sumbangan besar SUPP dalam mendapatkan kembali mandat daripada pengundi Cina.
Malah antara faktor pemilihan barusan kabinet itu adalah berdasarkan kepada sumbangan parti SUPP dalam kerajaan Negeri Sarawak.
“Keunikan Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah disebabkan oleh kerjasama yang bersepadu sebab itu kita berjaya pada hari ini dan atas dasar tersebut rakyat menyokong kita hari ini.
“Kita bersatu dan berjalan beriringan dibawah pimpinan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang mana kita akan laksanakan segala janji yang telah dikotakan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa menghadiri lawatan kerja di SMK Jalan Arang pada Jumaat.
Jelas Khere Chiang lagi, kemenangan Parti SUPP itu adalah daripada sokongan penuh majoriti kaum cina yang menyokong GPS akibat kecewa dengan pentadbiran Pakatan Harapan yang dikatakan gagal untuk memenuhi aspirasi rakyat.
Jelas beliau, walaupun banyak parti pembangkang yang muncul diSarawak itu jelas menunjukkan sentimen rakyat tidak memihak kepada Parti Pembangkang berikutan rakyat semakin bijak memilih pemimpin untuk mentadbir negeri.
“Pada dasarnya saya agak kecewa dengan peratusan kehadiran pengundi pada hari mengundi dimana masyarakat cina ramai yang tidak hadir pada hari tersebut berikutan faktor cuaca dan kita masih berada dalam situasi pandemik.
“Selepas melihat keputusan ianya adalah disebabkan oleh prestasi GPS yang menunaikan janji dan projek dimana ramai komuniti kaum Cina yang tidak berpuas hati dengan kerajaan sebelumnya iaitu Pakatan Harapan dan DAP sebahagian daripada kerajaan tersebut menyebabkan keseluruhan komuniti Cina mengundi GPS,” ujarnya.
Pada Khamis, pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak ( SUPP) kembali mengisi Kerusi Timbalan Ketua Menteri Sarawak apabila Presidennya Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dilantik memegang jawatan tersebut.
Kali terakhir pemimpin SUPP memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri ialah pada tahun 2006-2011 menerusi presidennya ketika itu Tan Sri George Chan Hong Nam.
Dr Sim 57 tahun ,anak kepada mendiang Tan Sri SIm Kheng Hong pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri pada 1974 hingga 1991.
Topic Berkaitan
#Lo Khere Chiang
#Datuk Seri Dr Sim Kui Hian
#Timbalan Ketua Menteri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan