awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
Musim peperiksaan bukan masa sesuai untuk perhimpunan - MPP UMT
FRIM anjur sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia, tekankan pemuliharaan dan kelestarian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM tenangkan kerjasama parti politik dalam PN

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
07/07/2021
13:24 MYT
Pelantikan Ismail Sabri sebagai TPM tenangkan kerjasama parti politik dalam PN
Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri mampu memberi ketenangan kepada kerjasama parti politik dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN). - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri mampu memberi ketenangan kepada kerjasama parti politik dalam membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Felo Penyelidikan Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, ia sekali gus meredakan kritikan UMNO yang mempersoalkan mengenai peranan dan kedudukan mereka dalam kerajaan.
"Pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri ini juga akan menenangkan keadaan dalam konteks kerjasama parti politik dalam membentuk PN terutamanya UMNO.
"Kalau kita lihat banyak kocakan berlaku dalam kedudukan UMNO. Ini sedikit sebanyak meredakan kritikan-kritikan yang datang daripada UMNO terhadap peranan mereka dalam kerajaan dan kedudukan mereka dalam kerajaan PN," katanya kepada Astro AWANI pada Rabu.
BACA: Ismail Sabri dilantik TPM, Hishammuddin Menteri Kanan Luar Negeri - PMO
Beliau juga berpandangan, pelantikan itu memperlihatkan bahawa UMNO mempunyai tempat dalam kerajaan PN.
"Bermakna ini dengan jelas menunjukkan struktur UMNO itu wujud atau mempunyai tempatnya dalam kerajaan PN dan ini saya kira sedikit sebanyak mendapat sokongan di kalangan ahli-ahli UMNO," tambahnya.
Malah, kata Dr Hamidin, persoalan tentang COVID-19 masih lagi menjadi perkara utama dengan meletakkan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan serta terlibat sama dalam jawatankuasa memerangi COVID-19.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Timbalan Perdana Menteri
#TPM
#UMNO
#Perikatan Nasional
#ILHAM Centre
#Dr Hamidin Abd Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan