SHAH ALAM: Rundingan pembahagian kerusi di peringkat Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka selesai dalam tempoh sebulan dari sekarang, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, senarai pendek pertama bagi calon-calon PKR untuk kawasan yang akan ditandingi juga akan diselesaikan dalam tempoh sebulan.
"Saudara saudari apabila balik nanti dalam masa seminggu kita akan bagi arahan seterusnya di peringkat negeri," katanya ketika berucap pada Konvensyen Pilihan Raya Keadilan 2022, di sini, hari ini.
Rafizi berkata, ahli-ahli PKR tidak perlu bertanya bila PRU akan diadakan, sebaliknya harus bersedia pada bila-bila masa untuk masuk bertanding sebagai parti yang kuat.
Pada masa yang sama beliau turut mengingatkan semua ahli parti untuk menetapkan matlamat dan niat untuk menghadapi PRU bukanlah bagi mendapatkan habuan dan jawatan serta menikam belakang.
Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Rundingan pembahagian kerusi di peringkat Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dijangka selesai dalam tempoh sebulan dari sekarang, kata Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli. - Gambar BERNAMA
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.