awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembangkang akan sokong RUU yang bawa kebaikan - Fahmi Fadzil

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2020
07:58 MYT
Pembangkang akan sokong RUU yang bawa kebaikan - Fahmi Fadzil
Fahmi juga menegaskan isu pokok sekarang bukan untuk menukar kerajaan sebaliknya usaha-usaha untuk berdepan pandemik COVID-19. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR:Usul-usul atau Rang Undang-undang (RUU) yang membawa kebaikan kepada rakyat sentiasa disokong oleh Ahli Parlimen pembangkang, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.
Menyokong hujahnya, Fahmi berkata, ketika sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyokong RUU berkaitan COVID-19.
Jelas beliau, apa yang dilakukan oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang ialah menjalankan tugas semak dan imbang bagi setiap usul yang dibawa.
"Kita perlu teliti tugas atau pun fungsi pihak pembangkang dalam Parlimen adalah untuk proses semak dan imbang.
"Ia di mana sekiranya tidak ada langsung pembangkang, maka sesuatu yang dibawa ke perhatian Parlimen tidak ada sesiapa yang akan membangkitkan untuk diteliti dengan lebih mendalam.
"Saya bagi contoh isu yang dibangkitkan oleh ramai frontliners, mereka kata untuk dapat sebahagian elaun, kami kena isi banyak borang, benda-benda seperti ini perlu diteliti oleh pihak kerajaan," katanya kepada Astro AWANI.
Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pihak agar mengubah persepsi terhadap pembangkang yang sering dikaitkan dengan perkara-perkara negatif.
Katanya, lebih banyak pendapat dapat didengari sekiranya sesuatu usul dibentang dan dibahaskan di Parlimen.
"Bila sesuatu itu dibahas di Parlimen, ia memberi peluang lebih banyak suara didengari.
"Kalau berlaku darurat... Nauzubillah, tidak ada sidang Parlimen, tidak ada peluang mendengar dalam dewan rakyat tentang pro dan kontra kepada sesuatu maka ia menjadi seperti sebuah dictatorship.
"Tetapi Alhamdulillah Ke Bawah Duli Tuanku bertitah tidak perlu darurat, jadi sidang Parlimen boleh diteruskan," kata Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi PKR.
Beliau juga menegaskan, isu pokok pada masa ini bukan untuk menukar kerajaan, sebaliknya, usaha-usaha untuk berdepan pandemik COVID-19.
Pada Ahad, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini atau mana-mana bahagian negara Malaysia buat masa ini.
Seri Paduka Baginda, sebaliknya, mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politiking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.
LAPOR LANGSUNG: Mampukah Ahli Parlimen berhenti main politik selepas titah Agong?
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Lembah Pantai
#ahli Parlimen
#PKR
#Pakatan Harapan
#Belanjawan
#titah
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan