Pembangunan rakyat di Sabah tidak akan dapat dilaksanakan jika kerajaan negeri dan Persekutuan tidak sehaluan.

Malah, Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor berkata, masa depan negeri ini juga tidak akan terjamin jika kesepakatan dan hala tuju itu tidak selari.

“Bagi saya, untuk kebaikan dan membangunkan Sabah, adalah lebih baik dan afdal untuk kerajaan negeri bersama-sama dengan Kerajaan Persekutuan.

“Sekiranya tidak iaitu kerajaan negeri pembangkang, mungkin banyak perkara-perkara yang tidak boleh dilaksanakan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang menyifatkan kerajaan negeri tidak perlu selari dengan Kerajaan Pusat.

Jelas Mohd Shafie, hubungan pentadbiran sedia ada sudah cukup untuk terus membangunkan negeri ini.