awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramalan awal banjir: Beberapa jajahan di Kelantan dijangka terkesan mulai hari ini
TikTok Shop bantu jenama tempatan tembusi pasaran menerusi inisiatif All-Star LIVE
Polis tumpas sindiket antarabangsa Asia Timur, rampas dadah RM1.04 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembentukan Kerajaan Perpaduan, proses kematangan demokrasi yang mencabar - Pemuda UMNO

Irfan Faruqi
Irfan Faruqi
16/05/2023
01:50 MYT
Pembentukan Kerajaan Perpaduan, proses kematangan demokrasi yang mencabar - Pemuda UMNO
Hafiz berpandangan semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan berada di petak neutral. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Negara sedang mencipta sejarah tersendiri dengan mengalami proses kematangan sejurus pembentukan Kerajaan Perpaduan.
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin berkata proses ini diakui tidak mudah memandangkan masih ramai yang memerlukan penerangan mengenai manfaat daripada keputusan luar biasa yang dibuat oleh pemimpin negara.
“Dia tidak semudah yang pimpinan lihat dalam kerangka besar. Bila turun ke bawah, rencamnya berbeza. Orang masih ada rasa yang perlu kita uruskan dan perlu kita fahamkan.
“Tapi yang hendak ditekankan dalam konteks sekarang ini, negara kita sedang melalui proses kematangan demokrasi. Maknanya kita tidak terkekang dalam satu struktur yang sama dan berpanjangan,” katanya dalam program Agenda AWANI.
Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia, Hafiz Ariffin berkata negara sedang mencipta sejarah tersendiri dengan mengalami proses kematangan sejurus pembentukan Kerajaan Perpaduan. #AgendaAWANI #AWANInews pic.twitter.com/V9ptSwjgDf
— Astro AWANI (@501Awani) May 15, 2023
Hafiz menyifatkan rentetan yang berlaku ini sebagai suatu sejarah untuk Malaysia. Oleh itu, semua pihak yang bergabung membentuk Kerajaan Perpaduan perlu berperanan untuk menjelaskan kepada orang ramai mengenai asas kepada kesepakatan politik yang dibina.
“Inilah cabaran yang saya lihat dalam pembentukan baharu ini. Suatu perkara (penerangan) yang perlu dibuat, bukan sekali buat boleh selesai semua.
“Perlu selangkah demi selangkah. Kalau pimpinan nampak sudah selesai. Kemudian, turun kebawah. Perlu ada langkah lanjut dan kerja keras,” katanya lagi.
Hafiz berpandangan semua parti politik dalam Kerajaan Perpaduan berada di petak neutral. Setiap individu dalam kerajaan ketika ini pernah bekerjasama antara satu sama lain atas kapasiti yang pelbagai suatu ketika dahulu.
Dalam masa yang sama semua parti politik dalam gabungan hari ini mempunyai pengalaman menjadi sebahagian daripada kerajaan dan menggubal dasar-dasar tersendiri.
Oleh yang demikian, semua pihak perlu menunjukkan kelebihan yang boleh dikongsi bersama kerana menurut Hafiz, rakyat tidak lagi mahu melihat pertelagahan antara ahli politik, sebaliknya mahu melihat tawaran solusi serta hasil tindakan kerajaan yang menguntungkan rakyat.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#Kerajaan Perpaduan
#Pemuda UMNO
#perpaduan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan