awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan Bersatu: Tiada halangan ahli tanding mana-mana jawatan - Tun M

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
15/07/2019
13:02 MYT
Pemilihan Bersatu: Tiada halangan ahli tanding mana-mana jawatan - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Isnin. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Mana-mana ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak dihalang untuk menjadi calon bagi apa jua jawatan termasuk di peringkat tertinggi.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, paling penting ialah mereka menjadi ahli berdaftar dan membuat pembayaran penuh yuran.
"Tidak ada cadangan jawatan tertentu tidak ditandingi," katanya semasa sidang media selepas Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Yayasan Kepimpinan Perdana, pada Isnin.
Bersatu dijadual mengadakan pemilihan buat kali pertama bagi semua jawatan bermula di peringkat cawangan tahun ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Mahathir memberitahu, Mesyuarat Khas Bersatu untuk meminda perlembagaan parti itu akan diadakan pada 20 Julai ini di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.
Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Bersatu Bahagian Arau, Dr Ammar Hassan mencadangkan supaya dibuat pindaan perlembagaan agar kaedah satu ahli satu undi digunakan dalam pemilihan parti itu.
Katanya, kaedah itu dilihat lebih telus selain mengelak sebarang unsur politik wang sekiranya proses pengundian berkenaan melalui perwakilan.
Kaedah sebelum ini adalah seorang individu akan mewakili 30 ahli bagi setiap satu undi.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Dr Ammar Hassan
#Mahathir Mohamad
#Mesyuarat Khas Bersatu
#Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu
#Parti Pribumi Bersatu Malaysia
#Pemilihan Bersatu
#pemilihan parti
#Yayasan Kepimpinan Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan