awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan MIC: Saravanan lawan Ramasamy bagi rebut jawatan timbalan presiden hari ini

Bernama
Bernama
20/10/2018
02:12 MYT
Pemilihan MIC: Saravanan lawan Ramasamy bagi rebut jawatan timbalan presiden hari ini
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden MIC kali ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara bekas anggota CWC Datuk Seri M. Saravanan dan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.
Para perwakilan MIC akan mula mengundi pada pukul 4 petang ini bagi memilih timbalan presiden, tiga naib presiden dan 21 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu bagi penggal 2018-2021.
Pemilihan bagi jawatan timbalan presiden MIC kali ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu di antara bekas anggota CWC Datuk Seri M. Saravanan dan bekas Pengerusi MIC Perak Tan Sri M. Ramasamy.
Tiga jawatan naib presiden pula menyaksikan persaingan sengit dengan 10 calon merebut jawatan itu pada pemilihan kali ini.
Antara yang merebut kerusi naib presiden ialah penyandang jawatan itu Datuk T. Mohan, bekas Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivaraajh, bekas Pengerusi MIC Negeri Sembilan Datuk L. Manickam dan bekas Pengerusi MIC Johor Datuk M. Asojan.
Selain itu, 44 calon lagi merebut 21 kerusi CWC pada kali ini antaranya Datuk P. Kamalanathan, Datuk N. Muneandy, K. Sathasivam, R. Gunaselaan, M. Mathuraiveran dan J. Dhinagaran.
Proses pengundian dijangka tamat pada 7 malam dan keputusan dijangka diketahui pada pukul 10 malam ini, menurut pegawai parti.
Pada Jun lepas, Tan Sri SA Vigneswaran muncul sebagai calon tunggal dalam pemilihan presiden parti dan menang tanpa bertanding bagi menggantikan Datuk Seri S. Subramaniam yang memutuskan untuk berundur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatankuasa pusat
#M Saravanan
#MIC
#Naib Presiden
#pemilihan
#Tan Sri M Ramasamy
#timbalan presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan