SEREMBAN: Pemilihan UMNO bagi penggal 2021/2023 mungkin diadakan pada November tahun depan, kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, ia perlu diadakan sebelum tamat tempoh semasa iaitu pada Disember tahun depan.
Justeru, pemilihan peringkat cawangan perlu diadakan awal iaitu selewat-lewatnya pada Julai, katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Rembau di sini hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan beberapa UMNO bahagian yang meminta pemilihan parti diadakan sekurang-kurangnya setahun sebelum berlangsung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ditanya mengenai sama ada terdapat usul supaya lima jawatan tertinggi parti tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang pada Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO baru-baru ini, Mohamad berkata tiada cadangan seumpama itu diterima setakat ini.
Sementara itu, mengenai permohonan UMNO Selangor yang mahu diberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN), Mohamad berkata perkara itu akan dibincangkan di peringkat pusat.
"Perkataan autonomi itu besar, kalau mahu bersama Pas tiada isu, kenapa perlu minta autonomi...minta untuk berunding terus dengan Pas, itu tidak mengapa.
"Tiada arahan daripada parti untuk kita memutuskan hubungan atau mengkaji semula dengan Pas," katanya.
Media sebelum ini melaporkan Pengerusi UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar berharap pucuk pimpinan tertinggi parti itu memberi autonomi untuk meneruskan kerjasama dengan Pas di negeri itu menerusi MN kerana kerjasama antara UMNO dan Pas di negeri itu ini amat baik dan dilihat lebih berkesan.
Mohamad berkata hubungan UMNO dan Pas dalam MN masih seperti biasa dan tiada keputusan dibuat mengenai masa depan kedua-dua parti itu.
"Orang ingat MN itu satu pertubuhan berdaftar, kita tidak berdaftar, ia hanya sebagai platform untuk kita menjalinkan kerjasama. Setakat ini UMNO tidak ada memutuskan apa-apa hubungan, begitu juga Pas belum memutuskan apa-apa hubungan, jadi kita macam biasa.
"MN ini persefahaman untuk menyatu padukan umat Melayu dan Islam, tiada ikatan perjanjian yang mengikat (kedua-dua parti) tetapi atas persefahaman supaya kita orang Melayu dan Islam jangan berpecah, bukan sahaja dalam politik tetapi dalam banyak hal lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (kanan) pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau hari ini. - Foto BERNAMA
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru 27 Mei ini - Khaled
Mohamed Khaled berkata setakat ini tiada pindaan tarikh dan lokasi pemilihan yang telah ditetapkan.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diadakan 27 Mei ini
Abdul Halim berkata, lokasi pemilihan masih belum dimuktamadkan kerana ia tertakluk kepada Shahrir Samad.
Pemilihan UMNO Bahagian Johor Bahru diambil alih UMNO Johor - Mohamed Khaled
Mohamed Khaled berkata, Setiausaha Badan Perhubungan Datuk Abdul Halim Suleiman akan dipertanggungjawab mengendalikan pemilihan.
Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.
UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.
"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.
Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.
Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.