awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Najib ucap tahniah kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan

Bernama
Bernama
01/07/2018
02:15 MYT
Pemilihan UMNO: Najib ucap tahniah kepada Ahmad Zahid, Mohamad Hasan
Ahmad Zahid (kanan) dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utama, Tengku Razaleigh dan Khairy, manakala Mohamad (kiri) dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO dengan 110 undi, menewaskan Annuar.
Bekas Presiden UMNO Datuk Seri Najib Razak mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kejayaan dipilih menjadi Presiden UMNO yang baharu bagi penggal 2018-2021.
Najib turut mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Rembau dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan selepas dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO baharu semalam.
"Tiba masanya kita mengukuhkan barisan kita demi agama, bangsa dan negara ," katanya menerusi laman Twitter hari ini.
Ahmad Zahid, yang sebelum ini naib presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden, dipilih sebagai Presiden UMNO apabila mendapat 93 undi, jauh meninggalkan dua pencabar utamanya iaitu bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang memperoleh 51 undi dan veteran parti, Tengku Razaleigh Hamzah yang meraih 23 undi.
Mohamad pula dipilih sebagai Timbalan Presiden UMNO selepas mendapat 110 undi menewaskan Ketua Penerangan UMNO merangkap Anggota Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa (47 undi) setakat semalam.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada satu sidang media tengah malam tadi berkata senarai penuh keputusan Pemilihan UMNO 2018 diumumkan hari ini.
Ini merupakan kali pertama dalam tiga dekad jawatan presiden parti dipertandingkan.
Kali terakhir jawatan itu dipertandingkan ialah pada 1987 apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu menyandang presiden parti mendapat kemenangan tipis untuk menewaskan Tengku Razaleigh dengan 43 undi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Najib Razak
#pemilihan
#Pemilihan UMNO
#presiden
#timbalan presiden
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan