ALOR SETAR: Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di Kedah menyaksikan pertembungan di bahagian Sik menjadi paling sengit apabila jawatan ketua bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.
Menurut Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Arifin Man, dalam saingan empat penjuru bagi merebut jawatan itu, mantan Ketua Penerangan UMNO Sik, Datuk Muhammad Khizri Abu Kassim berjaya meraih 229 undi menewaskan penyandang sejak tiga penggal yang lalu, Datuk Mohd Tajuddin Abdullah (228).
Dua lagi calon iaitu mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid meraih 43 undi dan mantan Ahli Parlimen Sik, Mansor Abdul Rahman (enam).
Tambah beliau, proses pengiraan undi di bahagian berkenaan juga dilakukan lebih tiga kali yang turut disaksikan kesemua wakil calon dan keputusan hanya diperoleh sekitar jam 3 pagi tadi.
Bagaimanapun, jelas Ariffin, tidak berlaku sebarang kekecohan dan ketegangan sepanjang proses pemilihan sehingga ke pengumuman keputusan bagi bahagian berkenaan.
"Oleh kerana majoriti itu tipis, jadi proses mengira (undi) itu (dilakukan) berulang-ulang, saya difahamkan lebih daripada tiga (kali proses pengiraan itu berlaku), (yang saya boleh sahkan) tidak ada berlaku kekecohan, tidak ada berlaku perkara tidak diingini.
"Cumanya calon yang tewas itu (saya difahamkan tengah) bersedih disebabkan majoriti (begitu) kecil, (keputusan di Bahagian Sik juga) hampir pukul 3 pagi (dimaklumkan kepada saya)," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sidang media khas berhubung Pemilihan UMNO Penggal 2023-2026 Peringkat Negeri Kedah di Bangunan Tunku, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Ariffin memaklumkan bahawa sembilan penyandang ketua bahagian di Kedah mengekalkan jawatan masing-masing dalam pemilihan kali ini.
Mereka termasuk Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Jerai; Datuk Othman Aziz (Jerlun); Datuk Said Ali Syed Ali Rastan (Pokok Sena); Datuk Suraya Yaacob (Pendang); Datuk Shahanim Mohamad Yusoff (Sungai Petani); Datuk Seri Azeez Rahim (Baling); Datuk Asmadi Abu Talib (Padang Serai); Datuk Muhar Hussain (Kulim/Bandar Baharu) serta Datuk Seri Mahdzir Khalid yang menjadi calon tunggal menang tanpa bertanding sebelum ini.
Enam lagi ketua bahagian yang baharu dipilih selain di bahagian Sik adalah Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Bashah Md Hanipah di Alor Setar; anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Nazifuddin di Langkawi; Datuk Mutalib Harun (Kuala Kedah); Datuk Aminuddin Omar (Kubang Pasu) dan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Saiful Hazizy Zainol Abidin (Merbok).
Abd Hadi Che Awang
Sun Mar 19 2023

Arifin berkata, proses pengiraan undi di bahagian berkenaan juga dilakukan lebih tiga kali yang turut disaksikan kesemua wakil calon dan keputusan hanya diperoleh sekitar jam 3 pagi tadi. - Gambar/ Astro AWANI

10 Berita Pilihan - (31 Mac 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 31 Mac 2023.

Tumpuan - 1 April 2023 | Anwar jumpa PM China pada Sabtu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI.

Lebih 12,000 pendatang asing diusir ke negara asal sejak Januari 2023
Seramai 12,380 pendatang tanpa izin telah diusir oleh Jabatan Imigresen (JIM) sejak Januari hingga 29 Mac lepas, kata Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh.

Pinda tempoh notis kebankrapan kepada 30 hari - Peguam
Peguam dan Rakan Kongsi Tetuan Hizri Azad & Azmir, Hizri Hasshan berkata antara pindaan yang diperlukan untuk membantu individu yang berdepan tindakan kebankrapan ialah memanjangkan tempoh notis kebankrapan daripada tujuh hari kepada 30 hari. Ini akan memberi lebih masa kepada individu tersebut untuk mengurus pembayaran semula hutang.

Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet
Pengarah Bersekutu BowerGroupAsia, Hafidzi Razali berkata program literasi kewangan Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) perlu mesra pengguna internet. Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan 60 peratus daripada individu yang diisytiharkan bankrap di Malaysia.

Perancangan kewangan perlu datang dari hati - Perancang Kewangan
Pengasas Financial Faiz, Faiz Azmi berkata perancangan kewang perlu dibuat berdasarkan keperluan dan sasaran yang diinginkan. Ia tidak sepatutnya bersandarkan sepenuhnya kepada nasihat daripada agen produk kewangan yang mempunyai kepentingan sendiri.

Hanna Delisha akui penat menangis dalam 'Andai Itu Takdirnya'
Pelakon Hanna Delisha mengakui hampir setiap episod drama 'Andai Itu Takdirnya' memerlukan dia menangis dan bermain dengan emosi.

AWANI Ringkas: Tarikh Aidilfitri: Jakim ingatkan jangan buat andaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemilihan UMNO: 'Saya tetap bersama membantu parti' - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong itu berkata beliau berpegang teguh bahawa perkara yang penting adalah parti.

UMNO Sabah terima laporan insiden kekecohan dalam pemilihan - Bung Moktar
UMNO Sabah telah menerima laporan beberapa insiden kekecohan yang berlaku pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian di negeri ini, Sabtu lepas.

"Saya ibarat boneka" - Pengerusi Tetap UMNO Kubang Pasu umum letak jawatan
Pengerusi Tetap UMNO Bahagian Kubang Pasu, Zulkifli Md Isa membuat kejutan apabila mengumumkan meletak jawatan secara serta-merta, hari ini.

Pemilihan UMNO: Ini senarai barisan kepimpinan sesi 2023-2026
Keputusan penuh bagi jawatan yang dipertandingkan dalam pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 telah disahkan, kata Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Nazifuddin harap tiada perbalahan selepas menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin Najib berharap mereka yang tewas pada pemilihan bahagian tersebut terus bersama bagi persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pemilihan UMNO: 54 muka baharu terpilih jadi ketua bahagian
Hampir 30 peratus atau 54 muka baharu yang terpilih sebagai Ketua UMNO Bahagian dalam pemilihan kali ini.

Pemilihan UMNO: Sik sengit, ketua bahagian hanya menang satu undi
Pemilihan UMNO bagi penggal 2023-2026 di negeri Kedah menyaksikan Sik menjadi bahagian paling sengit apabila jawatan Ketua Bahagian dimenangi dengan majoriti satu undi sahaja.

Kepimpinan baharu UMNO berdepan cabaran pulihkan imej parti - Penganalisis
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi
Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.

Pemilihan UMNO: Hampir semua ketua bahagian di Perak kekal
Hampir semua Ketua UMNO Bahagian di Perak berjaya mengekalkan jawatan masing-masing pada Pemilihan UMNO yang dijalankan pada Sabtu.