awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan

Bernama
Bernama
09/09/2018
21:27 MYT
Pemimpin, anggota PKR digesa perkukuh barisan selepas pemilihan
Anggota PKR harus sedar ia mempunyai tanggungjawab besar, bukan sahaja terhadap parti itu tetapi juga negara, khususnya selepas PRU14. - Gambar hiasan
Pemimpin dan anggota PKR digesa memperkukuh barisan untuk bersama-sama mengusahakan agenda baharu pasca 9 Mei (509) demi kepentingan parti, Pakatan Harapan (PH) dan Malaysia amnya selepas pemilihan parti itu yang akan bermula pertengahan bulan ini.
Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Gooi Hsiao Leung berkata parti itu amat memerlukan agenda pembaharuan dan hala tuju yang baharu selepas pilihan raya umum pada 9 Mei lalu.
"Kita harus sedar yang kita ada tanggungjawab besar, bukan sahaja terhadap parti kita tetapi juga negara kita khususnya selepas 509 kerana keputusan daripada pemilihan parti kita akan memberi kesan kepada kerajaan PH," katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Merujuk kepada percakaran terbuka calon timbalan presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Rafizi Ramli, beliau berkata pertelingkahan kedua-dua pemimpin PKR itu hanya melemahkan PH.
Mengulas lanjut Gooi berkata pemilihan parti tidak harus menjadi pertandingan personaliti, sama ada seseorang menyokong Rafizi atau Azmin.
"Matlamat pemilihan parti ialah agar kita dapat menjadi sebuah parti yang lebih kuat dan bersatu, bukan berpecah, untuk merealisasikan agenda pembaharuan pasca 509 iaitu menjadikan PH lebih kuat supaya ia dapat memberi sepenuh tumpuan kepada memenuhi mandat yang diberi rakyat Malaysia Baharu," katanya.
Menurut Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Tengah itu segala perbalahan berkaitan kesetiaan dan siapa reformis sebenar dalam parti sejak 20 tahun lalu hanyalah mengarut.
Malah katanya, perkara itu hanya menjejaskan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di mata umum selaku bakal presiden parti dan perdana menteri selain turut memberi kesan terhadap kredibiliti PH untuk mentadbir negara.
"Pada pemilihan parti kali ini kita benar-benar melampaui batas dengan sikap 'berpatah arang berkerat rotan' terutama dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#9 Mei
#agenda baharu
#agenda pembaharuan
#calon
#Gooi Hsiao Leung
#Malaysia
#Mohamed Azmin Ali
#Pakatan Harapan
#pasca PRU14
#pemilihan parti
#pertandingan personaliti
#pertelingkahan
#PKR
#politik
#Rafizi Ramli
#reformis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan