awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemimpin PN hadir mesyuarat bincang usul undi percaya PM

Sinar Harian
Sinar Harian
18/12/2022
10:27 MYT
Pemimpin PN hadir mesyuarat bincang usul undi percaya PM
Beberapa pemimpin PN dilihat berkumpul di luar pekarangan Dewan PAUM Clubhouse pada Ahad. - Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Beberapa pemimpin Perikatan Nasional (PN) dilihat berkumpul di luar pekarangan Dewan Persatuan Alumni Universiti Malaya (PAUM) Clubhouse, di sini pada Ahad.
Dipercayai ia berhubung Mesyuarat Jawatankuasa PN yang membincangkan mengenai pendirian terhadap usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.
Difahamkan, mesyuarat yang bermula sejak jam 4.30 petang di dalam Dewan PAUM itu, turut dihadiri pemimpin akar umbi termasuk ahli Parlimen PN.
Persidangan Dewan Rakyat yang pertama di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia bermula Isnin dengan agenda utamanya antara lain bakal menyaksikan pembentangan usul undi percaya bagi keabsahan pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-10.Pantau kerajaan baharu DI SINI!
Keadaan di luar Dewan PAUM Clubhouse pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Keadaan di luar Dewan PAUM Clubhouse pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Usul undi percaya itu bertujuan membuktikan Anwar, yang mengangkat sumpah jawatan pada 24 November, mendapat sokongan ahli-ahli Parlimen bagi memimpin kerajaan baharu selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) menyaksikan tiada parti atau gabungan politik mendapat majoriti mudah. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini memaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa PN akan diadakan pada Isnin bagi membincangkan pendirian gabungan parti itu mengenai usul undi percaya kepada Perdana Menteri. Muhyiddin berkata, walaupun beliau yakin sebahagian besar Ahli Parlimen daripada PN tidak akan menyokong usul berkenaan, namun keputusan mereka sama ada menyokong atau sebaliknya itu tidak boleh dipaksa. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Perikatan Nasional
#Anwar Ibrahim
#PRU15
#Pantau Kerajaan Baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan