Pemuda UMNO Johor cabar DAP bawa isu pengiktirafan UEC ke semakan kehakiman

Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berkata, cabaran itu dibuat selepas DAP sekali lagi menjadikan isu pendidikan dan perpaduan nasional sebagai bahan permainan politik sempit dan bermusim. - Gambar fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Pergerakan Pemuda UMNO Johor mencabar DAP supaya membawa isu pengiktirafan Unified Examination Certificate (UEC) ke peringkat semakan kehakiman bagi menamatkan polemik berpanjangan berhubung perkara itu.
Ringkasan AI
- Pemuda UMNO Johor mencabar DAP untuk membawa isu pengiktirafan UEC ke peringkat semakan kehakiman bagi menamatkan polemik politik yang berpanjangan.
- Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros menegaskan bahawa tindakan DAP dalam politikkan isu pendidikan dan perpaduan nasional sebagai tidak bertanggungjawab.
- Cabaran ini berikutan desakan DAP agar UEC diiktiraf, dengan Pemuda UMNO Johor menuntut penyelesaian melalui keputusan mahkamah bagi membolehkan fokus kepada isu-isu pendidikan yang lebih mendesak.
"Sehubungan itu, bagi menamatkan serta memuktamadkan polemik berpanjangan berhubung peperiksaan UEC, Pemuda UMNO Johor mencabar DAP untuk membawa perkara ini ke peringkat semakan kehakiman di mahkamah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau mendakwa tindakan Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, yang mendesak kerajaan mengiktiraf UEC serta mengeluarkan ugutan untuk menarik diri daripada kerajaan sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, jelas memperlihatkan kegusaran parti itu selepas kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah ke-17.
"Sekiranya mahkamah memutuskan bahawa UEC adalah selari dengan Perlembagaan Persekutuan serta memenuhi aspirasi dan dasar nasional dalam bidang pendidikan, maka tiada lagi alasan untuk kerajaan menangguhkan pengiktirafan UEC.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


