awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemuda UMNO Pahang mahu kemelut dalaman parti diselesai segera

Astro Awani
Astro Awani
06/08/2021
13:50 MYT
Pemuda UMNO Pahang mahu kemelut dalaman parti diselesai segera
Pemuda UMNO Pahang menegaskan prestasi dan keberadaan parti itu sedang dinilai oleh rakyat dan mengingatkan pemimpin parti agar mengambil pengajaran daripada kekalahan pada PRU14 lalu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO Pahang menggesa pemimpin-pemimpin parti itu termasuk semua Ahli Parlimennya agar dapat membuat satu rundingan dalam suasana muafakat.
Dalam satu kenyataan, Pemuda UMNO Pahang berpendapat pemimpin parti itu perlu berlapang dada, berjiwa besar dan seterusnya mencari titik persamaan demi masa depan parti.
"Tidak ada manfaatnya kita bertelagah dan mencari salah sesama sendiri. Selesaikanlah setiap pertikaian yang timbul dalam semangat UMNO demi agama, bangsa dan negara," kata kenyataan tersebut.
Pemuda UMNO Pahang juga menegaskan prestasi dan keberadaan parti itu sedang dinilai oleh rakyat dan mengingatkan pemimpin parti agar mengambil pengajaran daripada kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pergerakan itu juga menegaskan memberi kepercayaan penuh kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, untuk memimpin dan mengemudi parti bagi mengharungi krisis ini.
Kemelut dalam UMNO dikatakan timbul setelah wujud kumpulan yang mahu parti itu meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) manakala ada pula yang berpendapat kerjasama itu perlu diteruskan hingga Parlimen dibubarkan.
Pada 3 Ogos lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu yang dikatakan sebulat suara bersetuju menarik sokongan terhadap PN.
Namun, terdapat kumpulan yang menyanggah kenyataan Ahmad Zahid itu dan mendakwa ramai Ahli Parlimen UMNO yang masih menyokong PN dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Topic Berkaitan
#UMNO
#Pemuda UMNO
#Pahang
#kemelut dalaman
#rundingan
#Muafakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan