awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hakim AS tolak permohonan pegawai Minnesota henti operasi imigresen persekutuan
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendaftaran GPS sebagai gabungan parti politik Sarawak diluluskan

Rohana Wahed
Rohana Wahed
19/11/2018
10:25 MYT
Pendaftaran GPS sebagai gabungan parti politik Sarawak diluluskan
Muhyiddin (kiri) berkata KDN kini dalam proses mengeluarkan sijil kelulusan pendaftaran parti dari Sarawak itu. -Astro AWANI/Rohana Wahed
Permohonan pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai sebuah pakatan parti politik telah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
Mengesahkan perkara ini, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini dalam proses mengeluarkan sijil kelulusan pendaftaran parti dari Sarawak itu.
Muhyiddin berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kapit yang juga Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Alexander Nanta Linggi petang tadi. GPS yang ditubuhkan pada 12 Jun lalu dianggotai empat parti komponen iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) ekoran pembubaran Barisan Nasional di negeri itu. Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg kemudian diangkat sebagai Pengerusi Protemnya.
Ketika ini GPS menguasai 70 kerusi di Dewan Undangan Negeri Sarawak dan 19 kerusi di Parlimen.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#Gabungan Parti Sarawak
#GPS
#KDN
#Kementerian Dalam Negeri
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan