awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib akan fail rayuan pada Isnin - Shafee
NFDP-AMD: Ong Kim Swee tahu selok-belok bola sepak negara -- Razman Roslan
'Apa yang saya risau FAM bergantung kepada laporan polis tapi tidak lakukan pembetulan dalam tadbir urus'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pendedahan Wan Saiful: PH, jangan sampai rakyat berpaling tadah - Akhbar Satar

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2019
12:01 MYT
Pendedahan Wan Saiful: PH, jangan sampai rakyat berpaling tadah - Akhbar Satar
"Rakyat pilih PH kerana mahu hapus rasuah, jangan sampai mereka 'pangkah' yang lain bila tiba Pilihan Raya nanti," kata Akhbar. - Gambar fail
Pendedahan yang dibuat bekas setiausaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis, Wan Saiful Wan Jan berhubung salah guna kuasa dalam parti itu perlu diambil berat dengan serius oleh kepimpinan tertinggi Bersatu.
Jika tidak, kata Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar, seluruh rakyat akan hilang percaya kepada Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) secara seluruhnya, akhirnya membawa kepada kejatuhan mereka.
“Sebab dalam manifesto PH, mereka telah katakan bahawa mereka mahu elak rasuah kerana rejim sebelum ini telah melakukan rasuah dengan teruk. Kemenangan mereka adalah kerana untuk menolak rasuah.
“Jika ia masih berlaku, rakyat akan marah dan bila Pilihan Raya nanti rakyat akan memikir untuk memangkah parti lain,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin.
BACA: 'Saya ditawar wang besar...' - Wan Saiful
Katanya, kepimpinan tertinggi PH perlu memantau setiap daripada pergerakan pemimpin mereka dan menasihati mereka supaya tidak mengulang kesilapan yang dilakukan kerajaan sebelum ini.
Pada Isnin, Wan Saiful Wan Jan mengeluarkan kenyataan mendedahkan bahawa dirinya telah digesa untuk menarik semula laporan polis yang dibuat berkenaan pemalsuan dokumen melibatkan tuntutan ratusan ribu ringgit di pejabat Bersatu Perlis.
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu juga memaklumkan bahawa dia ditawarkan wang besar untuk membantu dalam hal aturan pemberian kontrak kerajaan bernilai puluhan juta Ringgit kepada syarikat yang melibatkan anak pemimpin Bersatu dari Perlis.
Mengulas tindakan itu, Akhbar berkata sepatutnya Wan Saiful melaporkan terus kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai badan utama yang bertanggungjawab mengendalikan kes-kes sedemikian.
Jelasnya, individu atau pihak yang membuat pendedahan melalui media massa tidak akan dilindungi oleh Akta Pemberi Maklumat, dan rasional untuk melaporkan terus kepada SPRM atau Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera sebelum kebarangkalian seperti bukti-bukti kes dihapuskan dan saksi melarikan diri tidak berlaku.
Namun, tidak salah katanya sekiranya laporan kepada pihak berkuasa dan pendedahan menerusi media dibuat seiring.
Topic Berkaitan
#Akhbar Satar
#Bersatu
#Pakatan Harapan
#Parti Peribumi Bersatu Malaysia
#Perlis
#PH
#Rasuah
#salah guna kuasa
#TI-M
#Transparency International-Malaysia
#Wan Saiful Wan Jan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan