Skip to main content

Politik

Pengampunan Diraja: ‘Kami akur, hati penuh harapan buat Najib’ - Ketua Puteri UMNO

Nurul Amal Mohd Fauzi
Nurul Amal (tengah) berkata seluruh ahli parti terus menyimpan harapan agar keputusan terbaik dapat diberikan kepada Najib. - Foto Puteri UMNO
Advertisement

KUALA LUMPUR: Ketua Puteri UMNO Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi berkata pihaknya akur dan menghormati keputusan institusi Raja-Raja berhubung penangguhan permohonan pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata seluruh ahli parti bagaimanapun terus menyimpan harapan agar keputusan terbaik dapat diberikan kepada Najib.

“Kami akur dan menghormati institusi Raja-Raja. Hati kami penuh harapan untuk Datuk Seri Najib Razak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum itu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika ditemui selepas Ucapan Dasar Presiden sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 menzahirkan rasa sedih terhadap penangguhan tersebut.

Beliau menegaskan bahawa UMNO dalam masa sama mengharapkan keputusan terbaik dapat diberikan kepada bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

“Kami berharap perkara terbaik dapat diberikan kepada Datuk Seri Najib,” katanya.

Terdahulu, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri dalam kenyataan memaklumkan pengampunan Najib ditangguhkan ke Mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Menurut kenyataan itu, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan supaya permohonan pengampunan Najib ditangguhkan ke mesyuarat Lembaga Pengampunan yang akan diadakan kelak.

Must Watch Video

Advertisement