awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelarasan tarif asas kemudahan gas RP3 tidak jadikan harga gas keseluruhan lebih tinggi - FMM
Myanmar tetapkan 25 Januari sebagai pusingan akhir pilihan raya
Kebersihan bandar bukan tanggungjawab kerajaan sahaja - Nga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani gelojoh - Takiyuddin

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2023
09:06 MYT
Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani gelojoh - Takiyuddin
Takiyuddin menegaskan perkara itu tidak menyumbang kepada pembinaan hubungan yang baik di antara kerajaan Pusat dan negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) menyifatkan hasrat kerajaan pusat mengadakan siri Rumah Terbuka Malaysia Madani di enam negeri tidak lama lagi sebagai sesuatu yang keterlaluan dan gelojoh.
Menurut Timbalan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, penganjuran rumah terbuka itu juga mencabar maruah kerajaan Persekutuan.
Takiyuddin menegaskan, perkara itu juga tidak menyumbang kepada pembinaan hubungan yang baik di antara kerajaan Pusat dan negeri.
"Tindakan melangkahi sempadan hormat dan adab antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri dalam konteks ini jelas mencabar imej serta maruah negeri-negeri dan tentulah tidak akan menyumbang kepada hubungan baik dan saling mempercayai antara kedua-dua belah pihak.
"Keadaan ini juga tentulah tidak bermanfaat kepada rakyat dan negara serta usaha dan cita-cita untuk mewujudkan sebuah persekutuan yang kuat dan saling mengukuhkan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menjelaskan, rumah terbuka anjuran kerajaan Pusat itu tersasar daripada matlamat sebenar perayaan berkenaan kerana diadakan di negeri yang akan terbabit dalam pilihan raya negeri (PRN).
Katanya sambutan bersiri itu melanggar konvensyen dan adab hubungan di antara kerajaan Pusat dan negeri-negeri dari segi wibawa dan bidang kuasa masing-masing.
Menurut Takiyuddin adalah lebih manis jika Putrajaya mengekalkan amalan pembahagian tradisi tersebut dengan kerajaan Pusat menganjurkan rumah terbuka utama di peringkat kebangsaan sahaja.
PN juga tegas Takiyuddin, bimbang kemungkinan kerajaan Pusat akan menyalahgunakan jentera serta agensi kerajaan dalam penganjuran rumah terbuka tersebut.
Sebelum ini, kerajaan Pusat memaklumkan akan mengadakan rumah terbuka Aidilfitri di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#rumah terbuka
#PN
#Takiyuddin Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan