IPOH:"Tiada yang mustahil" apabila tiba masanya untuk membentuk satu gabungan baharu, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Asmuni Awi hari ini.
"Dalam situasi mencabar ini, kami sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang stabil," katanya kepada Bernama ketika ditanya sama ada Amanah Perak sanggup bekerjasama dengan parti politik lain di negeri ini bagi penubuhan sebuah kerajaan negeri yang baharu.
Asmuni merupakan antara tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diterima menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini selepas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan majoriti dalam undi percaya terhadap beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam.
Dua lagi pemimpin PH berkenaan ialah Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming dan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.
BACA: LAPOR LANGSUNG: ''Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
Semalam, Ahmad Faizal hanya memperoleh 10 undi yang menyokong berbanding 48 yang menolak sementara seorang ahli dewan berkecuali dalam usul undi percaya terhadap beliau yang dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru).
DUN Perak terdiri daripada 25 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, 16 DAP, lima Bersatu, lima Amanah, tiga PKR, tiga PAS dan masing-masing satu daripada Gerakan dan Bebas.
Semalam, Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dilaporkan telah mencadangkan supaya UMNO bekerjasama dengan Amanah dan PKR untuk membentuk sebuah kerajaan baharu di negeri ini.
Beliau dilaporkan berkata adalah tidak mustahil untuk berbuat demikian kerana parti berkenaan telah bersama-sama menolak usul undi percaya terhadap menteri besar.
Kenyataan sama juga dizahirkan ADUN Tebing Tinggi Dr Abdul Aziz Bari yang berkata apa pun boleh terjadi selagi ia mematuhi peraturan Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan norma.
Bagaimanapun, dalam mesyuarat khas badan perhubungan UMNO negeri malam ini yang dihadiri Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Mohamed Nazri sendiri, tiada pemimpin PH yang hadir.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020
![Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain Pengerusi Amanah Perak tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan parti lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607184103_TBASMUNIAWIx.jpg)
Asmuni merupakan antara tiga pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diterima menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini. -Gambar fail
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
![UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710809468_TBStokinjpg.jpg)
UMNO Perak sokong kempen boikot KK Mart, gesa selesai isu segera
Katanya, pendirian itu penting dalam memberi pengajaran dan amaran keras kepada semua bahawa kesucian Islam tidak boleh diperkotak-katikkan.
![50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti 50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81679204400_SaaraniMohamad.jpg)
50 ahli UMNO Perak dikenal pasti sabotaj parti
UMNO Perak telah mengenal pasti lebih 50 ahli yang mensabotaj calon parti itu dan Barisan Nasional (BN) sehingga menyebabkan parti itu kalah teruk di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![Pemilihan UMNO: Jangan londehkan sesama sendiri - Saarani Pemilihan UMNO: Jangan londehkan sesama sendiri - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61661705315_TBSAARANIAWANI.jpg)
Pemilihan UMNO: Jangan londehkan sesama sendiri - Saarani
Semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan UMNO peringkat bahagian di Perak diingatkan supaya bertanding secara sihat.
![UMNO Perak belum buat pendirian pertandingan Presiden, Timbalan Presiden UMNO Perak belum buat pendirian pertandingan Presiden, Timbalan Presiden](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71672376523_SaaraniMohamad.jpg)
UMNO Perak belum buat pendirian pertandingan Presiden, Timbalan Presiden
Perkara itu akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak yang dijadualkan 8 Jan ini.
![PRU15: UMNO Perak tidak gusar berdepan 'calon heavyweight' Bagan Datuk, Pasir Salak - Mohd Zolkafly PRU15: UMNO Perak tidak gusar berdepan 'calon heavyweight' Bagan Datuk, Pasir Salak - Mohd Zolkafly](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41667105097_TBZOLKEFLY.jpg)
PRU15: UMNO Perak tidak gusar berdepan 'calon heavyweight' Bagan Datuk, Pasir Salak - Mohd Zolkafly
Ini kerana, UMNO dan parti komponen lain dalam BN di Perak diyakini mempunyai kekuatan tersendiri.
![PRU15: UMNO Perak cadang Aminuddin Md Hanafiah tanding Parlimen Tambun PRU15: UMNO Perak cadang Aminuddin Md Hanafiah tanding Parlimen Tambun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/81654042834_DatukAminuddinMdH.jpg)
PRU15: UMNO Perak cadang Aminuddin Md Hanafiah tanding Parlimen Tambun
UMNO Perak telah mencadangkan Ketua UMNO Bahagian Tambun, Datuk Aminuddin Md Hanafiah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
![PRU15: UMNO Perak terima senarai 126 calon PRU15: UMNO Perak terima senarai 126 calon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61665476814_SaaraniMohamad.jpg)
PRU15: UMNO Perak terima senarai 126 calon
UMNO Perak telah menerima senarai 126 calon untuk dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
!['Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani 'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653482326_DatukSeriSaarani.jpg)
'Gerakan sulit UMNO mahu BN bersama PN, GPS? Saya tak ada maklumat itu' - Saarani
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata beliau sebaliknya tidak mempunyai maklumat lanjut berhubung dakwaan itu.
![Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41653482326_DatukSeriSaarani.jpg)
Remajakan parti: UMNO Perak akan ketengah ramai calon muda dalam PRU15 - Saarani
UMNO Perak dijangka mengetengahkan lebih ramai calon muda sebagai usaha meremajakan parti itu bukan sahaja untuk PRU15 malah demi masa depan parti.
![PRN Johor: UMNO Perak hantar jentera kempen - Saarani PRN Johor: UMNO Perak hantar jentera kempen - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641802785_DatukSeriSaarani.jpg)
PRN Johor: UMNO Perak hantar jentera kempen - Saarani
Jumlah jentera yang akan dihantar bagaimanapun, bergantung pada bilangan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditugaskan.