awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Bhumjaithai tarik diri dari gabungan Thailand akibat kontroversi panggilan telefon
SUKAN
Piala Negara-Negara FIH 2025: Impian Speedy Tigers ke separuh akhir lebur
DUNIA
Masyarakat dunia perlu bersatu capai keamanan berkekalan - LDLU
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

Pengerusi PKR Kelantan, Terengganu pertahan jawatan ketua cabang

Bernama
Bernama
18/04/2025
23:15 MYT
Pengerusi PKR Kelantan, Terengganu pertahan jawatan ketua cabang
Mohd Suparadi dan Ahmad Nazri mengekalkan jawatan mereka pada Pemilihan PKR 2025 peringkat cabang yang berlangsung pada Jumaat. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pengerusi PKR Kelantan Datuk Seri Mohd Suparadi Mohd Noor mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Tanah Merah pada Pemilihan PKR 2025 peringkat Cabang, Wanita Cabang, dan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang, yang berlangsung pada Jumaat.
Beliau yang memperoleh 1,108 undi, menewaskan pencabarnya Mohd Hanuzi Zaharim yang hanya meraih 351 undi.
Kemenangan Suparadi itu diumumkan menerusi laman rasmi Pemilihan PKR 2025, https://pemilihan.keadilanrakyat.org.
Turut berjaya mengekalkan jawatan sebagai ketua cabang ialah Pengerusi PKR Terengganu Ahmad Nazri Mohd Yusof yang menang dalam pertandingan sengit di Kemaman.
Beliau yang memperoleh 383 undi menewaskan tiga pencabarnya, iaitu Amir Hamzah Ghazali yang mendapat 370 undi, Hasuni Sudin (244 undi) dan Saikri Ngah@Choh (92 undi).
Pemilihan PKR bagi peringkat Cabang, AMK Cabang dan Wanita Cabang yang memasuki fasa dua pengundian pada Jumaat, menyaksikan hampir 30,000 ahli berdaftar di Terengganu dan Kelantan menunaikan tanggungjawab mereka.
Proses pemilihan yang bermula dari 8 pagi hingga 5 petang itu berlangsung secara fizikal dan dalam talian.
Selain Terengganu dan Kelantan, fasa dua pengundian yang diadakan hingga Ahad ini (20 April) turut melibatkan Wilayah Persekutuan, Pahang, Pulau Pinang, Johor dan Sabah.
Sebelum ini, fasa satu diadakan dari 11 hingga 13 April membabitkan Kedah, Perlis, Selangor, Melaka, Perak, Negeri Sembilan dan Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pemilihan PKR 2025
#peringkat cabang
#Mohd Suparadi Mohd Noor
#Ahmad Nazri Mohd Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami