awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Makmal Inovasi Pembiayaan Iklim terima 30 projek, keperluan dana lebih RM4 bilion
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengisytiharan dana politik perlu dilakukan sebelum PRU14

Mohd Dzulfitri Md Yusuf
Mohd Dzulfitri Md Yusuf
14/07/2015
01:04 MYT
Pengisytiharan dana politik perlu dilakukan sebelum PRU14
ISMAIL: Sebelum PRU13, usaha untuk membincangkan pembiayaan dana politik tidak mendapat sambutan daripada ahli politik.
Pendaftaran dan pengisytiharan dana politik perlu dilakukan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang bagi menolak kesangsian rakyat terhadap proses demokratik dan ketelusan parti politik dalam membiayai kempen mereka.
Menurut Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Prof Madya Ismail Sualman, langkah ini akan meningkatkan semangat demokrasi serta menghasilkan pemimpin yang memenuhi aspirasi rakyat dan bebas daripada persepi rasuah.
Ismail menyatakan sudah menjadi kelaziman bagi parti politik di Malaysia sering tuduh menuduh antara satu sama lain mengenai ketelusan pembiayaan kewangan parti politik setelah tamat pilihan raya.
Ismail yang menjadi tetamu Agenda Awani pada Isnin optimis yang ahli politik bersedia untuk mendaftarkan pembiayaan politik mereka hasil perbincangan positif dengan pihak SPRM.
Sebelum PRU13, usaha untuk membincangkan pembiayaan dana politik tidak mendapat sambutan daripada ahli politik apabila ianya tidak dibincangkan secara serius di Dewan Rakyat.
Menurut Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA) UKM, Prof Dr Mansor Mohd Noor, suasana negara moden pada hari ini yang menuntut parti politik untuk lebih jelas dalam pembiayaan dana parti politik di mana rakyat hari ini bijak menilai pergerakan pengurusan sesebuah parti.
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#dana politik
#Ismail Sualman
#Mansor Mohd Noor
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan