Tidak ada sesiapa dapat menyangkal bahawa UMNO telah direhatkan oleh bangsa Melayu agar ia dapat memuhasabah diri.
Calon Exco Pemuda UMNO, Mohd Nizham Abdullah Hamidi berkata, tidak ada sesiapa yang dapat lari daripada kenyataan bahawa UMNO telah dihukum oleh bangsa Melayu kerana lalai dan terkhilaf dalam perjuangannya.
"Ini realiti yang perlu dihayati oleh setiap warga parti termasuk barisan kepimpinan di semua peringkat. Namun untuk mengatakan UMNO telah mati, juga tersasar dari kebenaran.
"Apa yang diperlukan adalah kesetiaan dan keikhlasan setiap warga UMNO untuk melakukan perubahan agar sisa-sisa perjuangan yang masih ada boleh dijadikan landasan bermakna di dalam memulihkan UMNO.
"Pemilihan kepimpinan parti di semua peringkat adalah isyarat jelas yang sedang dinanti oleh warga UMNO serta bangsa Melayu seluruh negara. Apa juga keputusan yang bakal dicapai mencerminkan kesungguhan dan keikhlasan UMNO di dalam memurnikan semula wajah dan jiwanya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
BACA: UMNO perlukan 'penawar' - Ku Li
BACA: UMNO kekal relevan? Ini reaksi calon Ketua Pemuda UMNO
Jelasnya yang juga Calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Batu, perwakilan parti harus memilih barisan kepimpinan baharu yang mampu membawa pembaharuan dan pengukuhan agenda perjuangan.
Tegasnya, ia juga perlu menepati harapan generasi muda pewaris perjuangan serta mampu dalam merekayasa semula UMNO sebagai satu wadah perjuangan umat Islam, bumiputera dan bangsa Malaysia keseluruhannya.
"Tidak dapat tidak, merekayasa mesti melibatkan perubahan besar. Perubahan bukan semestinya pada individu tetapi terpenting ialah pada dasar, organisasi, strategi dan modus operandi parti.
"UMNO sebagai parti terbesar di parlimen, kita mesti kekal berintegriti dan berwibawa serat menjadi pembangkang yang berani, tegas dan tegar membela Islam, Bumiputera, Kedaulatan Raja-Raja, perlembagaan dan keluhuran undang-undang.
"Sebagai sebuah institusi yang sudah berjasa selama 72 tahun, tiada yang cela mengenai dasar penubuhannya. UMNO tetap releven dulu, kini dan selamanya. UMNO perlu bangkit semula," ujarnya.
Astro Awani
Fri Jun 22 2018
MOHD NIZHAM: Apa yang diperlukan adalah kesetiaan dan keikhlasan setiap warga UMNO untuk melakukan perubahan dalam parti. - Gambar fail
Nahas Helikopter: Cuaca buruk sukarkan operasi SAR Raisi
Persatuan Bulan Sabit Merah Azerbaijan berkongsi rakaman menunjukkan pasukan penyelamat sedang bertungkus-lumus dalam operasi mencari dan menyelamat nahas yang melibatkan presiden Iran Ibrahim Raisi.
Rakyat Iran solat hajat mohon kesejahteraan Raisi
Orang ramai berkumpul di ibu negara Iran, Tehran bagi bersama-sama bersolat dan berdoa susulan insiden nahas helikopter yang melibatkan Presiden Ebrahim Raisi di barat laut negara itu.
Sebuah rakaman presiden iran dalam helikopter dikeluarkan
Dalam pada itu, sebuah tv nasional Iran pada Ahad mengeluarkan rakaman yang menunjukkan presiden Ebrahim Raisi dan delegasinya menaiki helikopter sebelum ia terhempas.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
Helikopter tersebut dilihat melintasi sebuah empangan dalam lawatan beliau ke barat laut negara itu.
[TERKINI] Helikopter Terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Sebuah helikopter yang membawa Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya terhempas pada Ahad ketika melintasi kawasan pergunungan dalam kabus tebal.
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
KEB 2024 perlihat agenda perkasakan ekonomi bumiputera tanpa pinggirkan kaum lain
Memberi jaminan bahawa kepentingan kaum lain turut diberi perhatian, Ahmad Zahid berkata mereka juga diberi pelbagai bantuan kerajaan.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Yakin Kerajaan Perpaduan komited bantu Bumiputera Sabah - Hajiji Noor
Sabah mempunyai aspirasi tinggi bersama rakyat Malaysia menikmati kemakmuran dan kemajuan ekonomi negara.
Kerajaan tidak pertahan badan agensi curang, terlibat projek tidak manfaat Bumiputera
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan Madani tidak akan mempertahan mana-mana badan agensi Kerajaan yang curang.
Kerajaan Sarawak tekad hapus isu kemiskinan rakyat
Kerajaan Sarawak nekad meningkatkan sosio ekonomi serta menghapuskan kemiskinan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan latar belakang.
Tabung pecutan transformasi bumiputera bantu lonjak syarikat ke tahap tinggi
Tabung itu antara cadangan dikemukakan 970 peserta sepanjang sesi libat urus kumpulan Daya Saing Perusahaan Bumiputera sempena KEB.
Syor penubuhan Pusat Kajian Pembangunan Bumiputera
Pusat itu bertujuan membangunkan pangkalan data Bumiputera, menjalankan kajian, mewujudkan pelantar perbincangan dan advokasi polisi.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.