awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdebatan 'Coke atau Pepsi' tarik perhatian Salleh

Bernama
Bernama
24/01/2018
20:32 MYT
Perdebatan 'Coke atau Pepsi' tarik perhatian Salleh
Kata Salleh, Pakatan seolah-olah terlepas pandang dan sebenarnya Pakatan tidak lebih baik daripada Barisan Nasional walaupun mereka cuba meyakinkan sebaliknya. - Gambar fail
Berikut ialah kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berhubung perdebatan 'Coke atau Pepsi' yang ditimbulkan seorang aktivis politik baru-baru ini.
Ia susulan tawaran pakatan pembangkang yang mencalonkan bekas perdana menteri yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menjadi perdana menteri.
Kenyataan menteri itu yang disiarkan di laman blog beliau di capaian sskeruak.blogspot.my berbunyi berikut:
Perdebatan Coke atau Pepsi dimulakan oleh aktivis politik yang berpendapat bahawa apa gunanya keluar untuk mengundi jika pilihan itu hanya sama ada Coke atau Pepsi? PPBM menjawab bahawa walaupun Coke berbanding Pepsi, anda masih boleh mengundi Pepsi kerana ia mungkin mempunyai rasa yang lebih baik daripada Coke.
Pakatan seolah-olah terlepas pandang. Apabila seseorang berkata 'Coke versus Pepsi' ia bermakna tidak ada perbezaan antara kedua-duanya. Dengan kata lain, Pakatan tidak lebih baik daripada Barisan Nasional walaupun mereka cuba meyakinkan sebaliknya.
Pengundi bertanya kenapa perlu mengundi jika kedua-duanya sama? Sekiranya Pakatan hanya merupakan Barisan 2.0 maka adalah lebih baik biarkan Barisan kekal dalam tampuk pemerintahan. Pakatan nampaknya seolah-olah tidak memahami mesej yang dihantar oleh pengundi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#calon
#coke
#Coke Pepsi
#debat
#Mahathir Mohamad
#pembangkang
#pepsi
#Perdana Menteri
#PPBM
#Salleh Said Keruak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan