awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
KPKT peruntuk RM20 juta turap semula 400 jalan perumahan di Ipoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO 27, 28 Mac

Bernama
Bernama
23/02/2021
08:15 MYT
Perhimpunan Agung UMNO 27, 28 Mac
Keputusan mengadakan Perhimpunan Agung UMNO pada 27 dan 28 Mac depan dibuat Majlis Kerja Tertinggi parti dan bakal berlangsung secara kombinasi iaitu perhimpunan secara bersemuka dan maya. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung UMNO 2020 dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 Mac depan, menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.
Ahmad dalam kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi parti dan ia bakal berlangsung secara kombinasi iaitu perhimpunan secara bersemuka dan maya.
"Segala prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) akan dipatuhi," katanya menerusi kenyataan itu.
Sebelum ini, Ahmad telah mengumumkan penangguhan perhimpunan itu yang dijadualkan berlangsung pada 30 dan 31 Jan, selaras dengan proklamasi darurat dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan.
Sementara itu, Ahmad berkata, sempena sambutan Jubli Intan 75 Tahun Kelahiran UMNO pada 11 Mei, parti itu turut menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk sayembara (pertandingan) penulisan puisi, video pendek dan mencipta logo.
Maklumat lanjut mengenai sayembara tersebut boleh diakses menerusi www.umno-online.my. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#UMNO
#perhimpunan agung
#bersemuka
#maya
#Setiausaha Agung UMNO
#Ahmad Maslan
#Majlis Kerja Tertinggi
#Jubli Intan 75 Tahun Kelahiran UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan