awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhimpunan Agung UMNO: Hospital sementara dibuka untuk kemudahan delegasi

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
21/10/2014
06:18 MYT
Perhimpunan Agung UMNO: Hospital sementara dibuka untuk kemudahan delegasi
Hospital sementara itu dapat memudahkan semua yang berada pada Perhimpunan Agung UMNO seandainya mengalami sebarang masalah kesihatan. -Gambar fail
Sebuah hospital sementara dirancang akan dibuka semasa Perhimpunan Agung UMNO November depan.
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh berkata‎, hospital itu akan memuatkan 20 katil rawatan dan lebih 30 doktor.
"Mereka akan merawat dan membuat pemerhatian kepada pesakit-pesakit sepanjang perhimpunan kali ini.
"Ia akan diadakan di tapak perbarisan, iaitu lokasi menaikkan bendera oleh Presiden UMNO," katanya pada mesyuarat penyelarasan media sempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.
Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan bermula 25 hingga 29 November.
Jelasnya, doktor dan pegawai kesihatan adalah daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
"Seperti tahun lepas, lebih 80 pengunjung termasuk perwakilan terpaksa mendapatkan rawatan di HKL.
"Jadi dengan adanya hospital sementara ini, diharap dapat memudahkan semua yang berada pada Perhimpunan Agung UMNO seandainya mengalami sebarang masalah kesihatan," jelasnya.
Kata Ab Rauf, selain hospital, beberapa penambaikan juga akan dibuat di luar dewan perhimpunan.
"Kita akan adakan halangan, saringan dan sekatan untuk orang kenamaan keluar dewan tanpa diganggu media.
"Me‎reka akan terus keluar dewan selepas setiap sesi perhimpunan dan media tidak boleh menyerbu individu-individu berkenaan," jelasnya.
Dalam pada itu, ujarnya,‎ lokasi media untuk melapor, Laman Media kali ini juga akan dibahagi kepada dua kategori.
"Petugas media perdana dan media siber‎ akan dipecahkan kepada dua zon.
"Saya harap dengan mengadakan zon media siber dapat memberi peluang ‎kepada pengamal media sosial membuat laporan dengan selesa," katanya.
Taklimat Presiden akan diadakan secara tertutup pada 25 November diikuti perasmian Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita‎, Pemuda dan Puteri UMNO pada sebelah malamnya.
Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO akan berlangsung pada 26 November seterusnya persidangan perhimpunan Agung UMNO bermula pada 27 November.
Topic Berkaitan
#ab rauf yusof
#Hospital
#Perhimpunan Agung UMNO
#PWTC
#rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan