awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin Ali

Nailah Huda
Nailah Huda
01/03/2020
03:45 MYT
Perjuangan kami selama seminggu berjaya - Azmin Ali
Bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bersama Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassi. Foto - Jabatan Penerangan Malaysia.
KUALA LUMPUR:Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggambarkan perjuangan selama satu minggu untuk membentuk sebuah kerajaan baru telah berjaya.
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Facebook, beliau mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas bertungkus-lumus mendapat sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.
“Perjuangan ini melalui saat-saat getirnya namun akhirnya kita mendapat dukungan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat untuk memilih YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Haji Mohd Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-8,” kata Azmin dalam kenyataan itu.
Tambahnya, “Kami bertekad untuk membentuk sebuah kerajaan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.
“Kami komited terhadap agenda nasional demi memacu kebangkitan ekonomi, menjamin kemakmuran bersama, memelihara keselamatan dan kedaulatan negara, memperkukuh perpaduan rakyat serta menjayakan reformasi institusi.
“Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin atas mandat yang diberi kepada beliau sebagai Perdana Menteri dan membentuk sebuah kerajaan yang baru. Beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa, berpengalaman serta berintegriti.” [LAPOR LANGSUNG] MY2020 Muhyiddin PM-8
Sementara itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada pagi Ahad menganggap Azmin mempunyai agendanya sendiri yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang.
“Azmin ada agenda sendiri tetapi saya rasa lebih dikhianati oleh Muhyiddin,” katanya pada sidang media di Yayasan Al Bukhary.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Muhyiddin Yassin
#Mahathir Mohamad
#Pakatan Harapan
#Bersatu
#Muafakat Nasional
#Perikatan Nasional
#Malaysia 2020
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan