awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perjumpaan dengan pimpinan PKR sekadar pertemuan biasa - Anwar

Bernama
Bernama
25/06/2023
21:00 MYT
Perjumpaan dengan pimpinan PKR sekadar pertemuan biasa - Anwar
Anwar berucap pada Majlis Pelancaran Rakan Muda Nafas Baharu di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, UKM, Bangi 25 Jun 2023. --fotoBERNAMA
BANGI: "Biasa... ia satu perjumpaan biasa, mendengar taklimat seperti biasa," itu jawapan ringkas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai pertemuan beliau yang juga Presiden PKR bersama pimpinan parti itu di Seri Perdana, Putrajaya semalam.
Pengerusi PH itu berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Rakan Muda di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini semalam.
Media semalam melaporkan pertemuan yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri itu dipercayai bagi membincangkan persediaan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu tidak lama lagi.
Setakat ini, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dan Selangor sudah dibubarkan masing-masing pada Khamis dan Jumaat lepas manakala DUN Kedah dijadual dibubar Rabu ini.
Pada Sabtu, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata parti itu akan mengadakan taklimat khas di Kuala Lumpur pada Isnin berkaitan persiapan menghadapi PRN yang disertai semua pimpinan tertinggi selain Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#perjumpaan biasa
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan