awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perkasa berpegang teguh kepada asas penubuhan, terus perjuang hak Melayu

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
20/11/2016
06:01 MYT
Perkasa berpegang teguh kepada asas penubuhan, terus perjuang hak Melayu
IBRAHIM: Baju Merah dan Kuning yang ada semalam macam meraikan pesta.
Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) akan sentiasa berpegang teguh pada asas penubuhan dan kekal memperjuang hak orang Melayu.
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata pertubuhan itu sememangnya berasaskan kaum Melayu dan ia akan kekal begitu.
Namun, katanya terdapat segelintir orang Melayu seakan-akan terlupa apabila menyokong sebuah parti yang turut berasaskan kaum iaitu DAP yang jelas hanya mahu memperjuang satu kaum sahaja.
"DAP pada asas penubuhannya adalah mahu merealisasikan 'Malaysian Malaysia', dan itu jelas menolak hak orang Melayu dan Perkasa akan terus mempertahankan kedaulatan Melayu itu," katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Agung Tahunan Ke-7 Perkasa 2016 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur pada Ahad.
Dalam ucapannya, beliau turut mengulas mengenai pasca himpunan Bersih 5 pada Sabtu.
Katanya, peserta himpunan yang turut disertai kumpulan Baju Merah itu seolah-olah sedang meraikan sebuah pesta.
"Baju merah dan kuning yang ada semalam macam meraikan pesta hu ha, hu ha," tambahnya lagi.
Hampir 2,000 ahli pertubuhan dari seluruh negara menghadiri persidangan tersebut yang dirasmikan tokoh wartawan negara Tan Sri Zainudin Maidin.
Topic Berkaitan
#berita politik
#hak Melayu
#Ibrahim Ali
#PERKASA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan