awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlawanan tiga penjuru mungkin wujud pada PRU14 - pemerhati politik

Astro Awani
Astro Awani
17/06/2015
11:43 MYT
Perlawanan tiga penjuru mungkin wujud pada PRU14 - pemerhati politik
DR MASZLEE: Corak PRU14 akan berubah jika PAS bertindak untuk terus bersendirian tanpa menyertai mana-mana pakatan politik.
Corak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) mungkin berbeza jika PAS bertindak untuk tidak menyertai mana-mana pakatan.
Pemerhati politik Dr Maszlee Malik berkata setelah Jawatankuasa Pusat DAP yang bermesyuarat memutuskan Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud, namun parti berkenaan akan terus bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pada PRU14, Dr Maszlee berkata ia bergantung kepada hala tuju PAS jika ia mahu terus bersendirian atau menyertai mana-mana pakatan politik.
"Jikalau mereka mengambil keputusan untuk bersama Barisan Nasional (BN), ia nampak sukar dan ia akan menjadi liabiliti kepada BN.
"Jadi mungkin akan berlaku tiga penjuru.Kalau berlaku tiga penjuru, kita akan lihat senario 1995 dan 2004 kembali berlaku. Namun PAS hanya boleh menang kubu kuat mereka di Pantai Timur sahaja," katanya kepada Astro AWANI.
Tambahnya, jikalau PAS memilih untuk bersama dengan pakatan baharu, ia akan menjadi satu lawan satu di antara pihak BN dan pembangkang.
“Namun ini dilihat sebagai mustahil dengan kepimpinan baharu PAS," katanya.
Dr Maszlee turut berkata bahawa ada barisan pemimpin PAS yang progresif yang tidak mahu putuskan hubungan yang sudah terjalin dalam Pakatan Rakyat sejak 2008.
Topic Berkaitan
#DAP
#Maszlee Malik
#Pakatan Rakyat
#PAS
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan