awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Permit ditarik balik, debat Tun Mahathir-Nazri Aziz dibatal

Israr Khalid
Israr Khalid
01/04/2017
12:57 MYT
Permit ditarik balik, debat Tun Mahathir-Nazri Aziz dibatal
Penganjur, Sinar Harian sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Penganjuran debat di antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang sepatutnya berlangsung pada 7 April ini telah dibatalkan.
Lapor penganjur Sinar Harian Online, ia susulan pembatalan permit kebenaran oleh pihak polis itu.
Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut memohon maaf di atas pembatalan itu.
“Saya memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, Dr Mahathir dan Mohamed Nazri.
“Alasan yang diberikan adalah bantahan penduduk dari sekitar kawasan tersebut dan setelah dikaji dan ditimbang dari segi ketenteraman awam dengan ini kelulusan permit himpunan aman dibatalkan,” kata Hussamuddin dalam laporan itu.
Beliau dalam catatan Twitternya sebelum ini berkata kebenaran yang diberikan semalam oleh pihak polis telah dibatalkan menerusi sepucuk surat yang diterimanya hari ini.
“Pelik, Dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!!” katanya.
Menurut surat tersebut yang dialamatkan kepada Sinar Karangkraf Sdn Bhd, yang menjadi penganjur debat itu, pembatalan dibuat kerana mendapat bantahan penduduk sekitar kawasan tersebut.
Pelik,Dialog Tun M vs Ds Nazri, semalam kami terima surat lulus permit. Petang ni terima surat batal permit. Payah!! pic.twitter.com/EXNPwNPRZB
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) April 1, 2017
Penganjur sebelum ini memaklumkan kepada polis pada 27 Mac lalu bahawa majlis itu akan diadakan di Dewan Sultan Muhammad Ke-5, Kompleks Karangkraf, Shah Alam.
Hussamuddin turut memuat naik surat kebenaran polis bertarikh 31 Mac di akaun media sosialnya pada Jumaat.
Alhamdulillah,surat dari OCPD Shah Alam baru saja diterima. Confirm dialog Tun Dr Mahathir vs DS Nazri Aziz 7.4.17 on pic.twitter.com/cGttmx0RgV
— HussamuddinYaacub (@Hussamuddin) March 31, 2017
Menurut surat itu, polis mengenakan beberapa syarat dan sekatan demi keselamatan dan ketenteraman awam.
Sementara itu ketika dihubungi Astro AWANI, pihak Ibu Pejabat Polis Shah Alam mengesahkan mengeluarkan surat berhubung pembatalan permit penganjuran debat tersebut susulan bantahan penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#debat
#Hussamuddin Yaacub
#Karangkraf
#Nazri Aziz
#Tun Mahathir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan