awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand-Kemboja capai gencatan senjata, 18 tentera akan dibebaskan
EPL: Aston Villa bangkit tundukkan Chelsea 2-1 di Stamford Bridge
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji

Bernama
Bernama
16/04/2022
14:03 MYT
Perpaduan antara GRS, BN penting jayakan perancangan kerajaan Sabah - Hajiji
Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor berkata Sabah memerlukan kestabilan politik bagi melaksanakan hala tuju dasar pembangunan negeri iaitu Sabah Maju Jaya 1.0 (SMJ). - Gambar fail/BERNAMA
SANDAKAN: Perpaduan dalam kalangan anggota Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) penting dan perlu diteruskan, bagi memastikan perancangan kerajaan Sabah untuk memajukan negeri dan rakyat dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Mohd Noor berkata Sabah memerlukan kestabilan politik bagi melaksanakan hala tuju dasar pembangunan negeri iaitu Sabah Maju Jaya 1.0 (SMJ), yang masih di peringkat lima tahun pertama dan akan diteruskan dengan SMJ 2.0 selama lima tahun lagi.
"Kita menggunakan SMJ untuk menentukan hala tuju kita (di Sabah) berpandukan aku janji dan manifesto Pilihan Raya Negeri lalu, dan mengambil tindakan proaktif untuk memastikan setiap yang dirancang dapat dilaksanakan.
"Ini yang kita harapkan, janganlah kita bergaduh (berbalah) kerana jika kita bergaduh, kita tidak akan dapat fokus menjayakan agenda rakyat," katanya pada majlis iftar Ketua Menteri Sabah bersama masyarakat Batu Sapi dekat sini hari ini.
Hajiji, yang juga Pengerusi Bersatu Negeri berkata kerajaan Sabah gabungan GRS-BN, bersedia menghadapi pilihan raya bagi kerusi Parlimen Batu Sapi kelak.
Kerusi Parlimen Batu Sapi kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Liew Vui Keong pada 2020, namun pilihan raya kecil tidak dapat dilaksanakan di kawasan itu berikutan penularan COVID-19.
Pada majlis itu, Hajiji menyampaikan sumbangan kepada 200 asnaf dari kawasan Batu Sapi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perpaduan
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#Barisan Nasional
#BN
#Ketua Menteri
#Hajiji Mohd Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan