awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris

Petrus Bernard
Petrus Bernard
25/09/2022
07:15 MYT
Perpaduan ummah: Pas terus komited erat hubungan dengan UMNO, Bersatu - Idris
Idris hadir pada majlis penyerahan bot dan enjin kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di Tawau hari ini. - Foto Astro AWANI
TAWAU: Parti Islam Se-Malaysia (Pas) masih lagi komited untuk mengeratkan hubungan dengan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sehingga kini.
Naib Presidennya, Datuk Idris Ahmad berkata setakat ini pihaknya masih kekal menjalinkan hubungan politik dengan UMNO dan Bersatu.
Katanya, hubungan Pas bersama kedua-dua parti Melayu Bumiputera itu masih baik dan kerjasama dalam mentadbir kerajaan juga berjalan lancar.
“Naratif kita konsisten dalam soal ‘perpaduan ummah’ dan Pas komited mahu menyatukan majoriti dalam kalangan orang-orang Islam di negara ini.
“Justeru, kerjasama Pas, UMNO dan Bersatu perlu diteruskan dan dikekalkan bagi menguatkan lagi hubungan dalam kalangan umat Islam,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam majlis penyerahan bot dan enjin kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), di sini hari ini.
Menurutnya lagi, kira-kira 65 peratus umat Islam di seluruh negara perlu bersatu membentuk sebuah kerajaan yang kukuh dan stabil.
“Kalau semua Bumiputera Islam bersatu, sudah pasti kaum dan agama lain akan dapat menumpang teduh bersama dengan kita.
“Sebab itu, prinsip Pas kekal mahu memastikan Pakatan Harapan (PH) tidak menguasai politik di negara kita pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang,” katanya.
Ditanya mengenai calon Pas di Sabah, katanya, setakat ini semua negeri sudah menghantar nama termasuk Sabah untuk bertanding pada PRU15 akan datang.
“Bagaimanapun, perbincangan lebih lanjut perlu dibuat untuk calon di Sabah dan kita akan lihat maklumat yang diberikan oleh pimpinan di negeri ini,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#kerjasama politik
#PAS
#Idris Ahmad
#perpaduan ummah
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan