awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perpecahan dalam PKR bukan cerita baharu - Prof Hamidin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
14/03/2021
09:08 MYT
Perpecahan dalam PKR bukan cerita baharu - Prof Hamidin
Dr Hamidin Abd Hamid berkata, sekiranya konflik dalaman masih lagi berterusan, ia akan memberi gambaran tidak baik kepada kepemimpinan Anwar Ibrahim. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR : Pergolakan dalaman yang berlaku dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada ketika ini sebenarnya bertitik tolak sejak tiga tahun lalu dengan pemilihan Timbalan Presiden parti.
Felo Penyelidik Ilham Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid berkata, pertembungan antara Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Mohd Rafizi Ramli untuk mengisi jawatan itu dilihat kemuncak awal perpecahan parti itu.
"Kalau kita lihat pada pergolakan yang berlaku pada hari ini bermula pada 2018 dengan pertempuran dua pemimpin itu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula secara terang-terangan menyokong Mohd Rafizi.
"Sementara kemuncak kepada episod itu berlaku dengan 'Langkah Sheraton' apabila Mohamed Azmin dan beberapa pemimpin yang menyokong beliau keluar dari PKR dan menyertai Perikatan Nasional (PN)," katanya ketika ditemubual Astro AWANI di sini, pada Ahad.
Politik | Bakal ada lagi MP pembangkang nyatakan sokongan kepada PN?
Tindakan beberapa anggota PKR meninggalkan parti itu dan terbaharu Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar menunjukkan perselisihan dalam parti itu masih belum tamat.
"Tindakan Xavier meninggalkan parti dilihat memberi cabaran bukan sahaja kepada PKR tetapi juga memberi indikator bahawa parti itu perlu menganalisis kedudukan dalam Pakatan Harapan (PH) dan melakukan penyusunan semula bagi melihatkannya sebagai sebuah parti yang relevan dalam gabungan itu," katanya.
Jelasnya lagi, sekiranya perkara itu masih lagi berterusan, ia akan memberi gambaran tidak baik kepada kepimipinan Anwar.
"Saya berpendapat PKR berdepan dengan cabaran untuk membentuk kumpulan yang jitu dalam kumpulan PKR itu sendiri," jelasnya.
Topic Berkaitan
#PKR
#Pakatan Harapan
#keluar parti
#lompat parti
#Azmin Ali
#Rafizi Ramli
#Anwar Ibrahim
#Perikatan Nasional
#Politik Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan