SERDANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah mengadakan pertemuan bersama Perikatan Nasional (PN), dua minggu lepas.
Beliau berkata, pertemuan yang berlangsung pada minggu terakhir sesi sidang Dewan Rakyat di bangunan Parlimen itu dihadiri Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Bendahari PN, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
"Dah...hari itu saya dah kata, dah ada (pertemuan). Bersatu telah sampaikan pandangan mereka dan saya pun dah sampaikan pandangan saya... jadi setakat itu sajalah," katanya selepas melawat Pavilion Pahang pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Eskpo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sebagai mengulas mengenai perkembangan terkini pertemuan beliau bersama kepimpinan PN.
Ismail Sabri berkata, perkara berkenaan juga telah diumumkan semasa beliau merasmikan MAHA 2022 pada 6 Ogos lepas dan ia tidak perlu dibangkitkan lagi.
Perdana Menteri turut menegaskan bahawa fokus kerajaan kini adalah untuk menyelesaikan isu rakyat dan memulihkan semula ekonomi negara.
"Rakyat lebih nak dengar perkara ini (menyelesaikan isu rakyat). Biar kita fokus kepada rakyat. Itu lebih penting.
"Harga barang misalnya yang dikatakan naik dan sebagainya, atas intervensi yang dibuat kerajaan, harga ayam dah turun, lambakan ayam di pasaran tidak besar dari segi jumlahnya yang menyebabkan harga walaupun kita tetapkan harga siling RM9.40, sekarang ini RM7.50 dan ada sesetengah tempat RM7. Itu fokus kerajaan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat.
"Harga barang misalnya yang dikatakan naik dan sebagainya, atas intervensi yang dibuat kerajaan, harga ayam dah turun, lambakan ayam di pasaran tidak besar dari segi jumlahnya yang menyebabkan harga walaupun kita tetapkan harga siling RM9.40, sekarang ini RM7.50 dan ada sesetengah tempat RM7. Itu fokus kerajaan lebih kepada menjaga kepentingan rakyat.
"Seperti minyak masak. Minyak sawit dah turun harga tetapi minyak masak tak turun. Sekarang ini menerusi Jawatankuasa Petugas Khas (Jihad) Tangani Inflasi, kita dah berjaya turunkan harga minyak masak. Kita juga dimaklumkan oleh Kementerian Kerja Raya bahawa harga besi pun dah turun,” katanya.
Ismail Sabri yang turut diminta mengulas mengenai pertumbuhan suku kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mencapai pertumbuhan 8.9 peratus, berkata ia akan diulas pada Konvensyen Wanita Barisan Nasional (BN) esok yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 13 2022
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat dari dekat proses pembuatan fabrik ketika mengunjungi pavilion setiap negeri sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 hari ini. - Gambar BERNAMA
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan umum akan bertanding
Gerakan sebulat suara memutuskan untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu yang bakal berlangsung pada 11 Mei depan.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
PN gesa RUU Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan dibentang semula
PN mendakwa pembentangan RUU Perlembagaan (Pindaan) 2024 berhubung kewarganegaraan yang dibuat sebelum ini sebagai tidak sah dan terbatal.
MUDA tidak sertai jelajah PN - Amir Hariri
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) tidak akan menyertai jelajah Perikatan Nasional (PN).
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
PN adalah parti masa depan untuk Malaysia - Muhyiddin
Dasar yang mereka bawa adalah sesuai dengan jati diri dan identiti Malaysia sebagai sebuah negara majmuk dengan masyarakat Bumiputera sebagai penduduk majoriti.
Tiada peruntukan, ada Ahli Parlimen PN jatuh ke golongan B40 - Abdul Latiff
Selepas beberapa hari mendapat elaun, ada yang terus menjadi golongan B40 kerana wang tersebut terpaksa dikongsikan kepada rakyat terutamanya di awal musim persekolahan seperti sekarang.
PN Selangor didesak nyata pendirian berhubung kenyataan Presiden Pas
MPN Selangor mendesak PN negeri menyatakan pendirian berhubung rasa dukacita yang dizahirkan Sultan Selangor terhadap Presiden Pas.
Eddin Syazlee dilantik Penasihat PN Negeri Sembilan
Keputusan itu dibuat hasil mesyuarat PN negeri yang diadakan kali pertama tahun ini baru-baru ini.