Pertemuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan langkah pertama pembentukan blok pembangkang menuju Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia titik mula agresif Pakatan Harapan untuk bersatu semula selepas menghadapi pelbagai masalah akhir-akhir ini.
"PRU sudah tidak lama, paling lama hujung tahun 2018. Saya kira kerajaan dan pembangkang mereka sudah mula agresif dan saya kira paling banyak masalah pada masa ini adalah blok pembangkang, mereka ada dua tiga blok pembangkang.
"Pas dengan dengan cara Pas, Pakatan Harapan dengan Pakatan Harapan, jadi saya kira mungkin ini titik tolak pertama bagaimana kedua-kedua individu dapat menyatukan blok pembangkang pada PRU ke-14," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Dr Fuad mengulas mengenai tindakan Dr Mahathir yang hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, yang dipercayai untuk memberi sokongan moral terhadap Anwar.
Kedua-dua pemimpin itu bertemu serta bersalaman dan momen itu dipercayai merupakan kali pertama dirakam sejak pemecatan Anwar pada 18 tahun lalu.
Dalam pada itu kata Dr Fuad, pertemuan itu turut menimbulkan beberapa persoalan daripada rakyat yang tertanya-tanya kemungkinan ada titik pertemuan kedua-dua individu itu.
"Apakah sudah ada titik pertemuan dan persamaan dua individu ini yang pernah mewarnai pentas politik Malaysia. Sejak 1997 atau 1998 mereka tidak pernah berjumpa dan hari ini ada perjumpa dan perbincangan.
"Adakah pertemuan ini ada perkembangan baharu? Jika ada titik pertemuan, apa yang akan berlaku selepas ini dan apa yang akan dilakukan kedua-dua individu selepas ini?
"Ada yang berpendapat ia kebetulan, kerana Anwar membawa isu injunksi pelaksanaan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang diutarakan Dr Mahathir baru-baru ini," jelasnya.
Namun, Dr Fuad melihat pertemuan itu diadakan dengan penuh berhati-hati oleh kedua-dua individu selain melihat pertemuan itu sebagai satu simbolik politik.
Astro Awani
Mon Sep 05 2016
Pertemuan itu turut menimbulkan beberapa persoalan daripada rakyat yang tertanya-tanya kemungkinan ada titik pertemuan kedua-dua individu itu. - Foto ihsan Najwan Halimi
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
Pengembara 46 negara dibenar guna 'autogate' di pintu masuk negara
Jumlah itu adalah tambahan daripada 10 buah negara yang dibenarkan berbuat demikian pada tahun lepas.
AWANI Ringkas: 10 kes strok haba di Terengganu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes Zulfarhan: Keputusan rayuan 18 bekas penuntut UPNM 23 Julai ini
Mahkamah Rayuan di sini pada Khamis menetapkan keputusan kes berhubung kematian Allahyarham Zulfarhan membabitkan 18 bekas penuntut itu, pada 23 Julai depan.
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak dari jarak jauh
Situasi terkini Faisal Halim berada dalam keadaan baik selepas menunjukkan perkembangan positif dari masa ke semasa.
Baj langgar jambatan di AS akibatkan tumpahan minyak
Sebuah baj melanggar jambatan di Galveston, bandar di Pantai Teluk di negeri Texas Amerika Syarikat (AS) pada Rabu menyebabkan tumpahan minyak ke teluk dan sebahagian jambatan itu runtuh.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
MFLS terajui usaha membina negara bangsa dengan belia berkepimpinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
Serangan buaya: Perhilitan Melaka pasang perangkap
Perhilitan Melaka akan menjalankan rondaan berkala dan memasang perangkap susulan kejadian seekor kambing milik penduduk dibaham buaya.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Tiada secebis pun bukti minyak Iran dipindah dari kapal ke kapal di perairan Malaysia - PM
Washington mendakwa Malaysia memainkan peranan sebagai penyedia perkhidmatan bagi penghantaran minyak Iran yang berdepan sekatan.
Pembukaan kampus UKM di Doha letak status pengajian tinggi negara di pentas dunia
Anwar berharap langkah dirintis UKM itu akan membuka laluan lebih luas dan besar kepada universiti awam Malaysia yang lain.
PM tiba di Republik Kyrgyz untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Manas di sini pada 10.20 malam waktu tempatan (12.20 tengah malam waktu Malaysia).
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Beliau berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Perdana Menteri terus menggunakan platform dunia untuk menyelar sikap hipokrit sesetengah kuasa besar yang bersikap selektif, dan sengaja menyebarkan fahaman tidak betul terhadap dunia Islam.
Malaysia tarik pelabur pada Forum Ekonomi Qatar
Forum Ekonomi Qatar (QEF) 2024 yang bermula hari ini, menampilkan ramai pemimpin global, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Lawatan Anwar ke Qatar berjaya jana potensi eksport bernilai RM700 juta - Tengku Zafrul
Komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan.
PM Anwar diberi sambutan rasmi sempena lawatan sulung ke Qatar
Perdana Menteri tiba di dewan pemerintahan negara Qatar itu pada 10.30 pagi waktu tempatan (3.30 petang waktu Malaysia) disambut Amir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani.